Pengasuhan Positif

Apabila Kelas-kelas Pengayaan Menjadi Beban

RINGGGG! Sabtu, jam 9 pagi, masa untuk menekan butang senyap pada penggera.”Tidak, oh tidak, si kecil Charlie ada kelas taekwondo pada jam 10 pagi, kelas seni pada jam 1 tengah hari, kelas renang pada jam 5 petang. Bagaimana dengan sayang saya Jane? Dia ada kelas balet pada jam 11 pagi, kelas seni pada jam 1 tengah hari dan kelas muzik pada jam 3 petang. Saya harus bangun dan menyiapkan mereka untuk ke kelas-kelas tersebut.” Semua ini menyebabkan rancangan anda untuk menyambung tidur terbantut. Adakah anak-anak anda sering bertukar kelas? Kelas taekwondo, kelas muzik, kelas matematik, latihan bola sepak dan beberapa senarai lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa merancang aktiviti-aktiviti luar sekolah amat bermanfaat bagi anak-anak anda.

Keadaan ini sentiasa menjadi satu dilema bagi ibu bapa untuk memastikan keseimbangan jadual anak-anak mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka juga tidak mahu anakanak mereka ketinggalan dalam perkembangan akademik atau amnya.

Tetapi dalam pada anda tergesa-gesa untuk memberikan mereka yang terbaik daripada kedua-duanya, adakah anda telah terlebih menetapkan jadual anak-anak anda? Jika anda tidak pasti, ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan dan keburukannya serta ketahui bagaimana anda boleh menyeimbangkannya.

Apakah kesan-kesan positif terhadap jadual yang pelbagai?

  1. Memberikan anak anda peluang pembelajaran yang baharu.
  2. Meningkatkan teras pembelajaran mereka.
  3. Membantu mereka untuk membina kemahiran hidup dan kebolehan-kebolehan yang penting membina kemahiran hidup dan kebolehankebolehan yang penting seperti menjadi bertanggungjawab, mengambil inisiatif, bekerja dalam satu pasukan, menguruskan masa dan ketekunan.
  4. Mengurangkan masa mereka untuk melibatkan diri dalam tingkah laku bermasalah seperti ponteng sekolah, merokok atau berjudi.
  5. Membantu mereka untuk menerokai minat dan mengasah kemahiran sambil membina keyakinan diri dan konsep kendiri.
  6. Menyediakannya peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dan untuk menikmati kepelbagaian perspektif serta kepakaran yang pelbagai.
  7. Membuka peluang untuk mereka berinteraksi dengan orang dewasa yang turut memberikan sokongan selain daripada guru-guru di sekolah.

What are the negative effects?

  1. Tekanan bergegas dari kelas ke kelas menjejaskan keupayaan pembelajaran mereka kerana anak-anak anda memerlukan masa untuk mencerna, menggambarkan dan mengamalkan ilmu yang baharu dipelajarinya sebelum dia boleh menyerap yang lain.
  2. Mengurangkan masa bermain yang tidak terancang.
  3. Memberi mereka tekanan dan kebimbangan yang boleh membawa kepada isu-isu kesihatan mental lain seperti kemurungan.
  4. Menanamkan idea berdaya saing yang boleh membawa kepada kebimbangan berterusan bahawa prestasi mereka tidak cukup baik.
  5. Berkepakaran dalam satu aktiviti sahaja mengurangkan peluang anak anda untuk meneroka bidang yang lain.
  6. Dia akan menjadi kurang kompetan dari segi emosi dan seperti tiada perasaan terhadap sesuatu perkara.
  7. Penumpuan yang berterusan dalam jangka masa yang panjang, waktu rehat dan masa lapang yang singkat atau menghabiskan masa lapang dengan mempraktikan apa yang dipelajari, boleh menjejaskan masa tidur mereka demi menampung jadual harian yang sibuk. Semua ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan keseluruhan mereka.
  8. Kurangnya masa yang berkualiti antara ibu bapa dan anak kerana anda akan menghabiskan terlalu banyak masa dalam mengatur jadual mereka dan menghantar mereka untuk aktiviti-aktiviti yang diatur.
  9. Anda perlu/terpaksa membelanjakan wang yang banyak hanya untuk aktiviti sampingan anak anda.
  10. Kurang kepuasan peribadi dalam asuhan kerana anda mungkin berasa tertekan untuk memaksa anak anda menyertai lebih banyak aktiviti agar dia menjadi seorang yang berjaya bila dewasa kelak.
  11. Kurang waktu peribadi untuk diri sendiri.

Recognising the signs

22170319_l

You’re probably overscheduling your child if:

  • Dia makan lebih daripada satu hidangan yang dibeli melalui pandu lalu atau makan roti sahaja.
  • Dia melakukan kerja rumahnya di dalam kereta di antara kelas-kelasnya.
  • Kekurangan rehat yang berkualiti. Seorang kanak-kanak di bawah 10 tahun memerlukan sekurangkurangnya 10 jam waktu tidur.
  • Dia sering jatuh sakit.
  • Dia letih, tidak bermotivasi dan kepenatan.
  • Dia terlepas daripada aktiviti kanak-kanak yang biasa seperti menghadiri sambutan hari jadi, melawat datuk dan nenek, atau kurang masa untuk bermain.

Mencapai keseimbangan

Anda perlu berkomunikasi dengan anak anda tatkala anda menghadapi kesukaran dalam menyeimbangkan antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dan tidak dirancang. Aturkan perbincangan dengan melibatkan seisi keluarga untuk membincangkan bagaimana anda boleh mencapai keseimbangan tersebut. Berikut adalah beberapa perkara lain yang perlu anda pertimbangkan:

20780090_l

  • Ketahui apakah aktiviti-aktiviti yang anak anda suka. Jika ada kelas-kelas percubaan secara percuma, biarkan mereka mencubanya terutama sewaktu cuti sekolah yang panjang. Ini memberikan mereka lebih banyak masa untuk meneroka minat tanpa tekanan yang melampau.
  • Waspada dengan kekuatan dan kesulitan anak anda. Apabila dia pulang ke rumah dalam keadaan gembira selepas sesuatu aktiviti, ini adalah petanda bahawa dia menyukainya. Bincang perkembangannya dengan penganjur program dan pertimbangkan jika anda harus meneruskan kelas tersebut.
  • Pembelajaran bukan setakat di dalam kelas. Berikan masa untuk anak anda agar dia boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya di sekolah. Sebagai contoh, minta anak anda untuk membantu dalam dalam kerja-kerja sukatan sementara anda melakukan kerja-kerja rumah, seperti menimbang bahan-bahan untuk memasak, mengajarnya mengenai tumbuh-tumbuhan ketika berkebun atau membeli barangan runcit dan lain-lain.
  • Libatkan diri dalam kerja rumah anak anda dengan memberikannya panduan jika dia menghadapi masalah. Ini tidak bermakna bahawa anda perlu melakukan kerja rumah baginya! Bersabar kerana ini akan mengambil sedikit masa.
  • Membahagikan masa keluarga untuk melakukan perkara-perkara yang disukainya.
  • Pastikan bahawa dia mempunyai masa sekurang-kurangnya satu jam sehari hanya untuk bermain. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui bermain dan permainan yang tidak dirancangkan membantu mereka untuk meneroka kreativiti sendiri serta kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Pastikan ada keseimbangan antara latihan-latihan luar dan aktiviti-aktiviti dalaman.
  • Tidur adalah penting bagi kanak-kanak yang semakin membesar. Pastikan bahawa dia berada di tempat tidur pada jam 10 malam setiap malam!

Jangan terpengaruh dengan cara asuhan daripada rakan sebaya. Walaupun penting untuk melengkapkan anak-anak anda dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi kehidupan dewasa, namun penting juga bagi mereka untuk menjadi seorang kanak-kanak biasa. Jangan biarkan memori zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukannya dari subuh hingga senja! Ini tidak harus menjadi perkara yang akan dia kenangkan apabila dia menggamit kembali hari-hari terindahnya yang lalu.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen