Pengasuhan Positif

Tilapia Taucu Kukus

Bahan-bahan:

(Serves 4)

  • 300-400 g ikan tilapia merah, dibersihkan
  • 20 g (1 sudu makan) pes taucu (kacang soya awet), dilecek
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang halus
  • 10 g (1/2 inch) halia, dihiris
  • 7 ml (1/2 sudu makan) minyak masak
  • 30 ml (2 sudu makan) air
  • 4 g (1/2 biji) cili merah, dicincang (ikut pilihan)
  • 1 tangkai daun bawang, dicincang
  • 1 tangkai daun ketumbar, dicincang

Tip Pemakanan

Taucu terkenal dalam masakan Cina dan Indonesia. Ia merupakan pes yang diperbuat daripada kacang soya yang diawet dan rasanya masin. Semasa memasak taucu, disarankan agar menggunakan hanya sedikit garam atau lebih baik tidak menggunakannya langsung.

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia sebelum memasukkan pes taucu. Tambahkan air dan kacau sehingga kuah mula memekat. Tutup api dan tambah cili cincang.
  2. Tempatkan ikan di dalam piring tahan panas dan tuangkan kuah ke atasnya. Kukus di atas air mendidih selama 10-12 minit. Uji sama ada ikan telah masak dengan mencucuk pisau kecil ke bahagian ikan yang paling tebal. Jika daging dibelah dengan mudah, ikan telah pun masak.
  3. Hidangkan panas dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 94 kcal
Karbohidrat 1.0 g
Protein 16.2 g
Lemak 3.2 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen