Pengasuhan Positif

Tiada Peluang Kedua

Sebagai ibu bapa, anda akan menghadapi pelbagai cabaran untuk membesarkan seorang anak yang sihat yang akan mendapat semua peluang yang anda sendiri tidak akan dapat. Namun, kebanyakan ibu bapa lebih menekankan peluang atau pencapaian akademik dan ramai yang mengabaikan aspek yang sama penting – pemakanan kerana pemakanan akan mempengaruhi kesihatan semasa anak mereka serta pada masa akan datang dan juga perkembangan mental/fizikalnya.

Satu perkara penting yang perlu diingati ialah pentingnya memupuk tabiat gaya hidup sihat ke dalam rutin anak anda sejak dari kecil. Dengan mendedahkan anak anda kepada tabiat /gaya hidup sihat, kemungkinan besar anak anda akan mengamalkan tabiat-tabiat tersebut apabila dia dewasa kelak, maka mengurangkan peluang dia menghidapi penyakit-penyakit tidak berjangkit di masa akan datang.

Jendela peluang 1000-hari adalah sangat unik dan jika terlepas, anda tidak dapat mengembalikannya atau menggantikan peluang masa yang telah hilang. Dengan memberi anak anda pemakanan yang sempurna sejak dari awal, anda memberinya peluang untuk memaksimumkan potensinya, dan juga untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit-penyakit tidak berjangkit di kemudian hari.

Dengan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan bilangan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung, atau tekanan darah tinggi, sememangnya munasabah untuk anda berusaha sedaya upaya untuk memberi anak anda permulaan kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu jadikan ia satu keutamaan!

Artikel ini adalah kelanjutan dari “Pemakanan dalam 1000 Hari Pertama”

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen