Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 6-8 orang)
- 2 kg (1 ekor) ayam, kulit dan lemak yang dibuang, dibelah empat
- 40 g (4 ulas) bawang putih, dicincang
- 40 g (2 inci) halia, dikisar halus
- 30 ml (2 sudu makan) jus lemon
- 250 ml (1 cawan) yogurt biasa
- 3 g (1 sudu teh) garam masala
- 3 g (1 sudu teh) serbuk ketumbar
- 3 g ((1 sudu teh) serbuk jintan putih
- 3 g (1 sudu teh) serbuk kunyit
- 3 g (1 sudu teh) serbuk kari
- 3 g (1 sudu makan) paprika manis
- 30 ml (2 sudu makan) sos pudina (ikut pilihan)
- 15 ml (1 sudu makan) minyak
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali kecil di atas api sederhana. Masukkan ketumbar, jintan putih, kunyit, garam masala, serbuk kari, sos pudina dan paprika. Tumis sehingga wangi (kira-kira 2-3 minit). Ketepikan.
- Campurkan bahan rempah yang telah sejuk ke dalam yogurt. Perlahan-lahan masukkan jus lemon, bawang putih, garam dan halia.
- Cucuk daging ayam sedikit dengan pisau (hingga ke tulang) 3-4 bahagian kepingan kaki/paha ayam. Salut ayam dengan bahan perapan, tutup dan biarkan sekurang-kurangnya sejam (sebaik-baiknya 6-8 jam atau semalaman).
- Panaskan ketuhar hingga 240°C. Pindahkan kepingan ayam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga ayam masak keperangan di bahagian atasnya. Ayam telah masak apabila jus jernih mengalir keluar.
- Biarkan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum dihidangkan dengan sos pudina.
- Hidangkan bersama naan, roti paratha, atau nasi kukus.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalori | 137 kcal |
Karbohidrat | 1.2 g |
Lemak | 5.7 g |
Protein | 20 g |
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen