Pengasuhan Positif

Ayam Masak Bijan

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 6-8 orang)

  • 400 g (2 keping) dada ayam tanpa kulit, dipotong sederhana besar
  • 30 ml (2 sudu makan) sos tomato
  • 30 ml (2 sudu makan) madu
  • 15 ml (1 sudu makan) sos tiram
  • 15 ml (1 sudu makan) cuka
  • 7 ml (½ sudu makan) kicap
  • 60 g (1 biji) lada benggala merah, dihiris nipis
  • 26 g (1 biji) bawang besar, dihiris nipis
  • 10 g (2 ulas) bawang putih, diketuk
  • 10 g (½ inci) halia, diparut
  • 20 g (2 sudu makan) biji bijan, dipanggang
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak bijan
  • 125 ml (½ cawan) air
  • Tepung jagung cukup untuk menyalut ayam
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 2 batang daun bawang, dicincang

Cara memasak:

  1. Campurkan garam dan lada hitam dalam mangkuk. Masukkan kepingan ayam dan gaul rata. Tutup dan perapkan selama kira-kira 30 minit di dalam peti sejuk.
  2. Salut ayam dengan tepung jagung dan goreng dengan sedikit minyak sehingga masak dan berwarna kuning keemasan. Keluarkan dari kuali dan gunakan tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan.
  3. Panaskan kuali dengan minyak bijan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, madu, cuka dan lada benggala di atas api sederhana. Tambahkan sedikit air dan masak hingga mendidih sambil mengacau. Renih sehingga sos memekat.
  4. Salut ayam dengan sos di dalam kuali atau dalam pinggan hidangan dan hiaskan dengan daun bawang dan biji bijan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 218 kcal
Karbohidrat 6.6 g
Lemak 10.1 g
Protein 25.1 g

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen