Pengasuhan Positif

Semua Sistem Berjalan Lancar!

Adakalanya, sistem penghadaman seolah-olah “mogok”, menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Ini biasanya berlaku kerana anak anda tidak mengambil gentian (atau serat) dan air yang cukup dalam dietnya. Serat yang terdapat dalam buah-buahan, sayursayuran, bijirin lengkap dan kekacang, akan membekalkan pukal yang dapat melembutkan najis dan membuatkan anak anda membuang air besar dengan lebih teratur.

Diet yang seimbang, berserta dengan makanan yang pelbagai, akan membantu mengekalkan kesihatan sistem gastrousus anak anda.

Maka dengan ini, dia akan dapat mencernakan makanan dengan baik, menyerap nutrien untuk digunakan oleh tubuh dan dapat menguatkan tubuh bagi melawan jangkitan penyakit.

Masalah gastrousus, seperti sakit perut, cirit-birit, kembung atau muntah-muntah, boleh membuatkan anak anda berasa sangat tidak selesa. Dengan menjaga kelancaran sistem penghadamannya, anda akan dapat memastikan perutnya sihat dan dia akan dapat membuang air besar dengan selesa.

Sistem gastrousus atau penghadaman terdiri daripada beberapa organ, seperti perut, pankreas, hepar, usus kecil dan usus besar. Seperti bahagian tubuh yang lain, organ-organ ini memerlukan pelbagai nutrien daripada makanan untuk berfungsi.

Nutrien (seperti karbohidrat, lemak dan protein) membolehkan tisu-tisu dalam organ dibentuk dengan betul, dapat tumbuh semula, dapat dibaiki, dan mendapat tenaga untuk menjalankan fungsi masing-masing.

Semua proses dalam sistem penghadaman dikawalatur oleh sistem saraf, hormon dan enzim, yang memerlukan kehadiran nutrien tertentu, terutama sekali vitamin dan mineral.

Kadangkala, bakteria, virus dan parasit mungkin memasuki sistem penghadaman anak anda akibat makanan yang tercemar atau amalan yang tidak bersih. Sekali lagi, anak anda memerlukan nutrien yang terkandung dalam diet yang seimbang dan pelbagai supaya sistem imun menjadi kuat untuk melawan jangkitan gastrousus yang disebabkan oleh kumankuman yang berbahaya.

Adakalanya, sistem penghadaman seolah-olah “mogok”, menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Ini biasanya berlaku kerana anak anda tidak mengambil gentian (atau serat) dan air yang cukup dalam dietnya. Serat yang terdapat dalam buah-buahan, sayursayuran, bijirin lengkap dan kekacang, akan membekalkan pukal yang dapat melembutkan najis dan membuatkan anak anda membuang air besar dengan lebih teratur.

Diet yang seimbang, berserta dengan makanan yang pelbagai, akan membantu mengekalkan kesihatan sistem gastrousus anak anda. Maka dengan ini, dia akan dapat mencernakan makanan dengan baik, menyerap nutrien untuk digunakan oleh tubuh dan dapat menguatkan tubuh bagi melawan jangkitan penyakit.

KEBERSIHAN DALAMAN

  • Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit cirit-birit yang disebarkan melalui makanan dan air (biasanya disebabkan oleh kuman seperti salmonella, campylobacter, V cholerae dan E coli) meragut anggaran 2.1 juta nyawa manusia di negara membangun setiap tahun.
  • Mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan yang baik adalah sangat penting semasa menyediakan dan memberi makanan kepada anak-anak. Di sini terdapat beberapa petua yang boleh diikuti oleh anda sekeluarga.

Petua semasa memasak

  • Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
  • Basuh alatan dan papan pemotong yang telah digunakan untuk menyediakan makanan. Guna papan pemotong yang berasingan untuk makanan mentah dan makanan masak.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran mentah dengan sebersihbersihnya sebelum makan dan memasak.
  • Cairkan makanan beku di dalam peti sejuk dan masak dengan segera selepas dicairkan.
  • Jangan biarkan makanan mentah atau masak pada suhu bilik selama lebih dari dua jam.
  • Masak makanan dengan sempurna untuk membunuh bakteria yang mungkin ada.
  • Panaskan makanan dengan sempurna untuk membunuh bakteria yang mungkin ada semasa penyimpanan.
  • Jika anda tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan, buangkan sahaja.

Petua semasa makan

  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Apabila memilih warung makan, restoran atau tempat makan yang lain, pastikan pekerja, sudugarpu, peralatan dan persekitaran kelihatan bersih dan kemas.
  • Sekiranya makanan, terutamanya makanan mentah, di restoran berbau, kelihatan dan rasa pelik, pulangkan sahaja.

Petua penyimpanan

  • Simpan makanan mentah di bahagian bawah peti sejuk, dan makanan masak di bahagian atas.
  • Makanan yang disimpan mesti dibungkus atau ditutup rapi.
  • Jangan masukkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk, kerana ini akan meningkatkan suhu di dalam peti sejuk.
  • Simpan tin, bungkusan dan botol di tempat yang sejuk, kering dan terlindung daripada serangga dan makluk perosak.

Petua membeli-belah

  • Semasa membeli makanan segar, pastikan ia kelihatan, rasa dan berbau segar.
  • Jangan beli makanan yang bungkusannya telah rosak (tin yang telah kemek atau kembung, meterai keselamatan telah terusik, bungkusan yang koyak), atau yang telah luput iaitu melebihi tarikh “baik sebelum”.
  • Jikalau anda beli makanan yang perlu disejukkan, pulanglah secepat mungkin dan simpan makanan di dalam peti sejuk atau penyejuk beku.
BAKTERIA YANG BAIK!

Adakah bakteria boleh menjadi baik untuk anda? Ahli sains telah menemui beberapa jenis bakteria tertentu dalam sistem penghadaman yang memberi manfaat kepada penghadaman dan kesihatan, seperti bakteria asid laktik (contoh, Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus casei) dan bifidobacteria.

Bakteria yang baik dalam usus dipercayai boleh mewujudkan satu persekitaran yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria yang tidak baik. Bakteria yang baik juga memperbaiki penghadaman dan meningkatkan keupayaan tubuh melawan jangkitan usus.

Apabila bakteria baik ini diberi sebagai suplemen atau dicampurkan dalam makanan, ia dipanggil “probiotik”. Makanan yang biasa mengandungi probiotik adalah dadih dan produk daripada penapaian susu.

Pilihlah produk yang tertulis “kultur hidup” atau “kultur aktif” – namun, berhati-hati kerana sesetengah produk mendakwa mengandungi probiotik walaupun ia terdapat dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Probiotik boleh didapati dalam bentuk pil dan serbuk, tetapi anda tidak perlu memberikannya kepada anak anda sekiranya dia mengambil diet yang seimbang. Minta nasihat daripada pakar pediatrik atau pakar diet anda.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen