Pengasuhan Positif

Masalah Cerewet Makan

Makan adalah satu daripada pelbagai keseronokan hidup tetapi ia juga sesuatu yang membimbangkan apabila anak anda hanya memakan satu jenis makanan buat jangka masa yang lama, enggan mencuba makanan yang baru, enggan memakan makanan tertentu atau langsung tidak mahu makan.

Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kanak-kanak kecil dikatakan cerewet makan, jadi ini bukanlah satu masalah yang luar biasa. Walau bagaimanapun, anda tetap bimbang sama ada anak anda sedang makan dengan mencukupi dan mendapat diet yang seimbang. Jadi apakah yang boleh anda lakukan?

TIP-TIP UNTUK IBU BAPA

Bagi kebanyakan kanak-kanak muda, masalah cerewet makan tidak mendatangi masalah serius dan ia akan berhenti apabila kanak-kanak lebih besar. Sementara itu, ikutilah tip-tip berikut:

  • Sentiasa memberikan makanan baru pada waktu makan tetapi pastikan terdapat sekurang kurangnya satu jenis makanan di atas meja makan yang anda pasti akan dimakan oleh anak anda. Kemudian, berikan satu atau dua makanan bantuan (contohnya mentega kacang atau bijirin) yang tidak perlu dimasak dan boleh disediakan oleh anak anda.
  • Tetapkan waktu untuk snek dan makan dan pastikan anak anda tidak mengambil terlalu banyak susu atau jus di antara waktu-waktu makan.
  • Galakkan anak anda untuk membantu menyediakan makanan.
  • Jangan menyimpan makanan snek yang tidak berkhasiat dalam rumah anda.
  • Berikan supplemen pemakanan kepada anak anda dalam bentuk minuman atau dimasukkan ke dalam makanan (seperti kek atau biskut) untuk menambah kesihatan dan menggalakkan sistem imun.
MASALAH YANG SERIUS

Bagi sesetengah kanak-kanak, cerewet makan mungkin sesuatu manifestasi gangguan makan akibat masalah perubatan, tingkah laku, psikologi atau persekitaran. Dalam kes-kes sedemikian, kanak-kanak akan mengalami:

  • kesusutan berat badan atau keletihan
  • tumbesaran dan perkembangan yang kurang baik
  • perkembangan kognitif, emosi atau akademik yang terjejas
  • keimunan yang terjejas dan akan mengakibatkan mereka mudah jatuh sakit

Bagi kanak-kanak ini, kaunseling pemakanan, “peraturanperaturan makanan” (cth. menghadkan gula-gula, tetapkan waktu makan) dan pengambilan supplemen pemakanan oral bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas mungkin memanfaatkan. Sila dapatkan nasihat pakar pediatrik anak anda.

KESAN JANGKA PANJANG AKIBAT CEREWET MAKAN

Kegagalan untuk memakan kombinasi makanan yang betul untuk diet yang seimbang akan menyebabkan tumbesaran terbantut, perkembangan mental terjejas dan sistem imun yang lemah. Satu kajian yang menggunakan ‘Bayley Score’ mengikut Indeks Perkembangan Mental (MDI) menunjukkan bahawa perkembangan kognitif bagi kanak-kanak yang cerewet makan adalah 14 markah lebih rendah berbanding kanakkanak yang tidak cerewet makan.

Kanak-kanak memerlukan diet yang seimbang agar mereka mendapat khasiat untuk menyokong tumbesaran serta kesihatan keseluruhan, dan membekalkan tenaga untuk belajar dan bermain.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen