Pengasuhan Positif

Lemak Bijak Untuk Otak Muda

Bijak…cerdas…pandai…itulah yang ibubapa mahu dalam diri anak mereka. Jika anda tahu terdapat makanan yang menjadikan anak anda lebih bijak, adakah anda membelinya? Jawapan anda mungkin ya, tetapi ia lebih mitos daripada realiti. Namun, cara utama untuk menggalakkan perkembangan optimum otak dan untuk membina asas bagi pembelajaran efektif adalah melalui diet yang sihat yang mengandungi asid lemak perlu yang mencukupi.

Asid lemak perlu tidak boleh disintesis atau dihasilkan oleh badan dan perlu dibekalkan dari makanan yang kita makan. Oleh itu, anda perlu faham apakah asid lemak perlu, mengapa anak anda perlukannya dan bagaimana untuk memastikan dia mendapatnya dalam amaun yang berpatutan.

MENINGKATKAN FUNGSI OTAK DAN MATA

Lemak yang penting untuk fungsi otak ialah dua asid lemak perlu, iaitu omega-3 dan omega-6. Omega-3 dan omega-6 merupakan komponen utama di sel membran anak anda. Ia juga memainkan peranan penting pada enzim di dalam sel membran, di mana ia membenarkan membran mengangkut nutrien ke dalam dan ke luar sel. Oleh kerana kedua-dua asid lemak perlu ini penting untuk otak anak anda, kekurangannya dalam diet akan mengganggu proses perkembangan otak. Adakah anda tahu retina mata mengandungi asid lemak DHA (asid dokosaheksanoik) pada kepekatan yang tinggi? Oleh itu, jenis dan amaun asid lemak yang bersesuaian di dalam diet anak anda adalah penting untuk perkembangan matanya. Oleh kerana kanak-kanak cepat belajar, penglihatan yang baik membawa kepada pembelajaran yang lebih berkesan!

Table

LEMAK BIJAK UNTUK ANAK SAYA YANG CEREWET?

Jika anak anda cerewet, dia akan kekurangan asid lemak perlu dan juga nutrien-nutrien penting lain yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembanga otak. Cubalah sebanyak mungkin untuk menambahkan makanan yang kaya dengan lemak omega ke dalam makanan yang anak anda rela makan. Contohnya, tambahkan sedikit kekacang, taufu atau ikan jika perlu!

v3-article08b-bm

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen