Pengasuhan Positif

Itu Peti Sejuk Saya!

Peti sejuk merupakan tempat utama untuk menyimpan makanan and mengekalkan kesegaran makanan. Tetapi, bolehkah ia menjamin bahawa makanan anda benar-benar selamat untuk dimakan?

Apakah ‘Lesen’ yang Dimiliki Peti Sejuk Anda?

Pernahkah anda ternampak kulapuk pada buah buahan, sayuran atau baki makanan yang tidak dihabiskan? Jika ya, peti sejuk anda mungkin memiliki ‘lesen untuk mendatangkan bahaya’. Lesen ini memberi peluang kepada mikroorganisma dalam peti sejuk untuk membiak dan merosakkan makanan anda. Ini berpotensi untuk mengakibatkan:

Kerosakan Makanan. Amalan penyejukkan yang kurang baik boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan menghasilkan bau, rasa dan tekstur yang tidak menyenangkan akibat mikroorganisma seperti bakteria, yis atau kulapuk. Penyejukan yang baik akan membantu anda untuk mencegah tumbesaran mikroorganisma ini.

Penyakit Disebabkan Makanan. Sesetengah mikroorganisma dalam makanan mungkin mendatangkan bahaya kepada kita, terutama sekali kanak-kanak kerana sistem imun mereka masih belum matang. Anda perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ada kalanya mikroorganisma ini boleh menyebabkan masalah yang serius.

Adakah Peti Sejuk Anda Menjaga Makanan? Ketahui asas-asas untuk memastikan keluarga anda dijauhi daripada bahaya akibat daripada mikroorganisma dalam makanan. Tip berikut membantu tabiat baik penggunaan peti sejuk.

  • Simpan makanan pada suhu betul. Bakteria dan kulat membiak pada suhu 4-60°C. Pastikan suhu peti sejuk kekal pada 4-5°C untuk mencegah pertumbuhan kulat. Suhu peti ais perlu ditetapkan pada suhu -18°C.
  • Jangan simpan terlalu penuh. Ini akan menghalang peredaran udara sejuk yang diperlukan dan sebaliknya menyebabkan peredaran udara yang panas.
  • Berhati-hati dengan pencemaran lintang. Bakteria boleh merebak antara makanan, permukaan atau peralatan apabila makanan mentah terkena atau menitis atas sebarang makanan yang telah masak. Gunakan beg plastik, bekas plastik dengan penutup, kerajang aluminium letakkan makanan di atas pinggan dan dibungkus bagi mengelakkan jus-jus makanan mentah daripada menitis atau permukaan makanan disentuh.
  • Simpan dengan betul. Ini akan mencegah mikroorganisma daripada membiak dan menjejaskan tekstur makanan. Pastikan makanan disimpan di tempat yang betul. Ikan, ayam dan daging perlu disejukbekukan dalam saiz perlu guna jika ia tidak dimasak pada hari seterusnya. Proses sejukbeku dan cairbeku berulang kali boleh menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma. Rak teratas adalah untuk mentega, keju, makanan awet, sos salad, sos lain, dan telur. Simpan makanan yang telah dimasak, yang tidak dihabiskan dan salad di bahagian tengah. Rak bawah adalah tempat mencairbeku makanan daging dan ayam mentah sebelum dimasak. Laci sayuran yang sederhana panas (10-12°C) adalah untuk sayuran dan buah buahan yang belum digunakan. Cecair seperti jus buah-buahan mesti dihabiskan dalam 6 jam walaupun disimpan dalam peti sejuk.
  • Bersihkan dan nyahbeku peti sejuk dengan kerap. Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dengan membersihkan permukaan dalam dan luarnya dengan air bersabun yang suam. Jangan abaikan pepenjuru peti sejuk. Gunakan soda bikarbonat dan air suam untuk mengawal bau. Jika peti sejuk anda rosak atau terputus bekalan elektrik, pastikan pintu peti sejuk sentiasa ditutup. Elakkan daripada membukanya terlalu kerap agar makanan dalam peti sejuk anda akan kekal sejuk selama lebih kurang empat jam.
Tahukah Anda?

Anak anda boleh menjadi mangsa keracunan makanan. Keracunan makanan berlaku apabila kita termakan makanan yang dicemari mikroorganisma merbahaya seperti bakteria. Tanda-tanda termasuk rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit birit. Dalam sesetengah kes, ia boleh mengakibatkan penyakit yang sangat serius atau membawa maut. Anda boleh mencegah anak anda daripada dijangkiti penyakit ini dengan memerhatikan keadaan peti sejuk anda!

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen