Pengasuhan Positif

Memperkenalkan Makanan Baru Kepada Si Manja

Intuisi anda mengatakan anak anda cerewet makan tetapi anda tidak begitu pasti. Tetapi bila si manja hanya memilih makanan sama yang digemarinya selama beberapa bulan dan kemudian dengan tiba-tiba tidak mahu mengambilnya lagi, anda tahu bahawa intuisi anda tidak silap.

Intuisi anda mengatakan anak anda cerewet makan tetapi anda tidak begitu pasti. Tetapi bila si manja hanya memilih makanan sama yang digemarinya selama beberapa bulan dan kemudian dengan tiba-tiba tidak mahu mengambilnya lagi, anda tahu bahawa intuisi anda tidak silap.

Cerewet Makan

Cerewet makan merujuk kepada situasi di mana si manja biasanya sangat memilih dan menentukan apa, bila dan bagaimana dia makan.

Anda tahu si manja cerewet makan bila dia:

  • Menguis-guis atau mencampak makanannya dengan harapan untuk mengurangkannya.
  • Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanannya.
  • Hanya gemar makanan tertentu, cara penyediaan dan penyajian tertentu, dan mungkin juga jenama makanan tertentu.
  • Tidak suka makan tetapi tidak menunjukkan apa-apa keadaan klinikal yang berkaitan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak dari klinik pediatrik menunjukkan tabiat cerewet makan. Justeru, adalah tidak memeranjatkan jika anda bimbang dengan tabiat si manja anda yang cerewet makan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

Akibat Cerewet Makan

  • Kurang berat badan dan taraf mineral dan vitamin yang kurang baik
  • Sukar memberi tumpuan di sekolah
  • Kerap jatuh sakit disebabkan kurang daya tahan menentang jangkitan
  • Tumbesaran terencat
  • Risiko mengalami gangguan makan pada masa hadapan akan meningkat

Ada kalanya kanak-kanak enggan makan kerana tidak biasa dengan makanan baru. Kadang-kala mereka menolak makanan yang diberi disebabkan neofobia makanan (sukar menerima makanan yang baru dan tidak biasa). Namun, peranan anda untuk mempengaruhi penerimaannya adalah lebih berkesan daripada yang anda sangka. Sekiranya si manja anda menunjukkan tanda kesihatannya terganggu, nasihat pemakanan dan makanan tambahan kesihatan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun boleh membantu memulihkan pertumbuhan dan memastikan si manja sentiasa kuat dan sihat. Mintalah nasihat daripada pakar pediatrik.

Petua Memujuk Si Manja Supaya Menerima Makanan Baru
  • Cuba beri si manja pelbagai jenis makanan sejak dari kecil selepas cerai susu. Dengan memperkenalkan si manja kepada makanan baru secara beransur-ansur, peluang untuknya menerima makanan dengan lebih mudah pada masa hadapan adalah lebih cerah.
  • Jangan terkejut jika si manja menolak makanan baru. Anda perlu tabah dan terus cuba menyuapnya. Kadang-kala, ia mengambil lebih dari 8-9 kali untuk kanak-kanak menerima makanan baru.
  • Bercakaplah dengan si manja anda sepanjang masa makan untuk menggalakkannya terus mencuba sajian baru.
  • Tetapkan had untuk si manja anda (seperti berapa lama masa untuk mereka menghabiskan makanan). Bagaimanapun, had masa yang anda tetapkan mestilah praktikal supaya si manja tidak merasa tertekan.
  • Jangan lupa, anak-anak meniru perbuatan ibubapa mereka. Tunjukkan contoh yang baik bila menghidangkan makanan baru kepada si manja. Pastikan anda sendiri memakannya. Kemungkinan besar dia akan mengikuti jejak anda.

Jika anak anda menunjukkan tanda kurang berselera, kaunseling nutrisi dan tambahan pemakanan untuk kanak-kanak berumur tahun 1 hingga 10 boleh diambil untuk membantunya mengejar pertumbuhan supaya kuat dan sihat. Cara ini boleh membantu anda serta pakar pediatrik anda untuk mencari masalah sebenar anak anda yang kurang berselera ini. Sila rujuk kepada pakar pediatrik untuk nasihat selanjutnya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen