Tahukah anda bahawa kanak-kanak seawal usia dua tahun boleh membantu di dapur? Menggalakkan si manja membantu di dapur adalah satu situasi yang menguntungkan. Anda berdua dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama. Di samping itu, si manja dapat belajar menyediakan makanan sambil berseronok. Si manja boleh belajar kemahiran mengira dan menyukat, meningkatkan perbendaharaan kata dan menunjukkan kreativiti dan daya imaginasi mereka. Tambahan lagi, bagi kanak-kanak yang sering menimbulkan masalah pada waktu makan, penglibatan dalam penyediaan makanan dapat meningkatkan selera makan dan membaiki tabiat makan mereka!
Masa Untuk Bermula
Sudah pasti si manja anda akan berasa teruja apabila mendapat peluang untuk menyediakan makanan. Inilah peluang untuk si manja melakukan kerja “orang dewasa”! Dia mungkin ingin mencuba semua tugas, namun anda perlu memastikan tugas yang bakal diberikan bersesuaian dengan usianya. Berikut adalah aktiviti yang boleh dibantu atau dilakukan oleh si manja anda, bergantung pada usianya:
2 Tahun
- Mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Membantu menggelekkan pencanai.
- Mengadun dan melecek ramuan.
3 Tahun
- Membantu menuang ramuan masakan ke dalam mangkuk.
- Menghias sajian.
4 Tahun
- Memilih ramuan yang diperlukan ketika membeli barang keperluan dapur.
- Membantu menyukat ramuan yang diperlukan.
- Memantau tempoh memasak makanan.
- Menyediakan adunan dengan tangan.
5-6 Tahun
- Menyediakan snek mudah (seperti sandwic mentega kacang).
- Membantu menyediakan meja dan menghidangkan makanan.
- Mengupas buah-buahan seperti buah oren dan pisang.
- Menghias pencuci mulut (seperti kek cawan dan biskut manis).
7-10 Tahun
- Meminta anak anda membacakan resipi kepada anda.
- Rancang waktu makan bersama dengannya. Beri peluang kepadanya untuk membuat keputusan.
- Membantu mencuci pinggan.
Peraturan No. 1: Keselamatan |
---|
Meskipun anak-anak digalakkan melakukan perkara yang menyeronokkan, keselamatan tetap perlu diutamakan. Beberapa petua berikut dapat menjadikan dapur anda zon bebas kemalangan:
|
Perhatian,Ibu |
---|
Aktiviti untuk kanak-kanak kecil boleh juga dilakukan oleh kanak-kanak lebih tua. |
Komen