Pengasuhan Positif

Pemberian Makanan Baik Untuk Anak Anda

Makanan yang diperkayakan telah sekian lama digunakan sebagai cara untuk mengawal kekurangan zat makanan seperti vitamin A, D, beberapa vitamin B, kalsium, iodin dan juga zat besi. Makanan yang ‘diperkayakan’ bermakna makanan terproses seperti roti, bijirin, susu dan keju atau produk tenusu lain yang ditambah zat makanan.

Zat makanan penting

Zat makanan boleh didapati dalam makanan yang kita makan setiap hari. Ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan, terutama sekali kanak-kanak. Bagaimanapun, oleh sebab jumlahnya dalam sesetengah makanan adalah terlalu kecil, kekurangan zat makanan boleh berlaku. Untuk memastikan semua keperluan vitamin dan zat galian dipenuhi, adalah penting bagi kanak-kanak mengambil pelbagai jenis makanan.

  • Roti, nasi, bijirin – Zat besi, Vitamin B (tiamina, riboflavin, niasin).
  • Susu, marjerin – Vitamin A dan D.
  • Jus oren, susu soya – kalsium.
  • Susu formula bayi, susu diperkayakan – Zat besi.

Adakah makanan diperkayakan baik untuk diamalkan?

Kanak-kanak perlu makan pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan segala zat makanan atau nutrien yang mereka perlukan. Tetapi ia sukar bagi anak cerewet makan kerana mereka hanya memilih makanan yang digemari dan enggan mengambil makanan lain, maka mereka menghadapi risiko kekurangan zat makanan. Kanak-kanak yang kurang selera makan turut mengalami masalah sama. Oleh itu, anda boleh membantu dengan memberikan makanan yang diperkaya atau makanan berzat tinggi untuk memenuhi keperluan mereka. Makanan yang diperkayakan juga memainkan peranan alternatif. Kanak-kanak yang alah laktosa boleh mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada jus oren yang diperkayakan, untuk menjamin tulang dan gigi yang kuat.

Awas!

Baca label kandungan sebelum membeli makanan yang diperkaya. Sungguhpun diperkayakan dengan zat besi atau vitamin, kebanyakan bijirin mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini mengurangkan nilai vitamin dan zat galian.

Terlalu banyak boleh memudaratkan

Makanan yang diperkayakan memberi manfaat kepada kanakkanak dengan mengurangkan risiko mereka jatuh sakit dan juga meningkatkan kesihatan mental dan fizikal mereka secara keseluruhan. Kes berlebihan zat makanan jarang berlaku kerana badan kita boleh membuang zat galian yang berlebihan dengan mudah. Bagaimanapun, ketoksikan daripada vitamin A dan D, biasanya berpunca daripada pengambilan makanan tambahan tanpa preskripsi, menyebabkan kelesuan, kerengsaan, muntah dan mengantuk.

Sentiasa cuba pastikan anak anda mengambil pelbagai jenis makanan. Ini boleh membekalkan segala zat makanan yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat sebelum anda memberi mereka makanan yang diperkayakan. Cuba alternatif yang diperolehi daripada sumber semula jadi dan elakkan makanan tambahan melainkan dinasihatkan oleh pakar pediatrik anak anda.

bm_table_feeding_your_child_right

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen