Pengasuhan Positif

Membentuk Anak Sempurna

Menurut Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, anak yang sempurna mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Gemar belajar
  • Berpotensi untuk perkembangan holistik dan bersepadu yang positif
  • Mempunyai kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang memuaskan, bergantung kepada umur
  • Berupaya menjana kemahiran berfikir secara pantas
  • Beretika dan berhati mulia
  • Menunjukkan perilaku yang berkeyakinan dan berdisiplin
  • Sihat dan aktif
  • Kreatif, imaginatif dan penuh perasaan

Anda boleh membantu si manja anda memperolehi perkembangan yang sempurna dengan menyedari bahawa ia bukannya sekadar mendapat gred yang bagus. Banyak lagi yang boleh si manja pelajari dan nikmati dalam proses pembelajaran.

Berikut merupakan lima tip bagaimana anda boleh menjadikan anak anda individu yang sempurna:

  1. Lagu dan Tarian
    Kajian menunjukkan bahawa ini adalah cara yang baik untuk kanak-kanak belajar. Libatkan anak anda dengan lagu, tarian dan lakonan. Adakan satu konsert mini untuk seluruh keluarga sebulan sekali di mana setiap individu memberi persembahan masingmasing.
  2. Tunjuk dan Beritahu
    Galakkan pembelajaran dengan menjadi proaktif dalam pembelajaran anak anda. Galakkan juga si manja untuk mempelajari sesuatu dengan bertanya soalan. Sabar dan dengar dengan teliti apabila si manja memberitahu anda tentang apa yang telah dibelajari.
  3. Berkongsi Pengetahuan
    Kajian menunjukkan ibu bapa merupakan orang utama yang membantu membentuk personaliti dan sikap anak pada lima tahun pertama hidup mereka. Jadilah guru kepada anak anda dan ajar mereka sebanyak yang mungkin sama ada daripada membaca buku atau menolong di dapur.
  4. Sikap Penyayang Dan Berkongsi
    Semaikan nilai yang baik pada diri anak dengan mengajar mereka tentang kepentingan sikap penyayang dan berkongsi. Saranan yang baik adalah dengan membelikan anak anda haiwan peliharaan – biarkan ia seekor hamster, tikus belanda ataupun arnab – dan tunjukkan anak anda bagaimana cara menjaga hidupan tersebut. Juga, ajar mereka cara untuk berkongsi buku dan alat permainan dengan adik-beradik, sepupu-sepupu dan kawankawan.
  5. Kerpercayaan Rohaniah
    Perkembangan rohaniah adalah penting. Ini menggalakkan mereka berkelakuan dengan penuh keutuhan dan kebaikan hati. Perkembangan rohaniah membantu dalam pertumbuhan batin kanak-kanak.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen