Pengasuhan Positif

Memahami Kecerdasan

Apakah itu Kecerdasan?

Kecerdasan adalah keupayaan untuk belajar atau memahami atau menangani situasi baru atau mencabar – Merriam Webster

Sejak kecil, anak perempuan anda meminati muzik dan berkebolehan bermain beberapa alat muzik. Namun, bila diminta menjawab soalan matematik yang mudah, dia mengelak. Sebaliknya, anak lelaki jiran anda yang sebaya dengannya tidak mempunyai sebarang kemahiran yang boleh menyerlahkannya. Tetapi dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat gelaran pelajar “pintar”.

Buat masa ini, terdapat kontroversi dalam cara menentu dan mengukur kecerdasan atau kepintaran. Tidak ada satu definisi yang tepat dan tidak ada satu ujian yang dapat mengukur skop kecerdasan. Sebagai contoh, berdasarkan cerita di atas, kedua-dua kanak-kanak adalah sama cerdas dengan cara masing-masing.

Amat penting bagi orang dewasa mengenali dan menghargai ciri-ciri “kebijaksanaan” anak mereka, kerana jenis kecerdasan yang asing membolehkan orang yang berlainan mengarah filem, menulis buku tersohor, atau mencipta sejarah dunia.

Untuk artikel penuh, sila download PDF di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen