Mengajar anak-anak anda untuk membuat kerja rumah bukan sahaja akan meringankan beban anda, tetapi ia juga mengajar mereka mengenai kemahiran hidup yang penting dan, pengajaran hidup yang berharga dan seterusnya memudahkan peralihan mereka kepada kedewasaan nanti.
Mengapa kerja rumah itu sangat penting?
- Mengajar kanak-kanak tentang tanggungjawab dan pengurusan masa. Kerja-kerja rumah boleh memberi kesedaran kepada kanakkanak bahawa terdapat kerjakerja yang harus dilakukan untuk mengekalkan keselesaan rumah; pengurusan masa dapat membentuk tabiat yang berguna dan sikap yang baik terhadap kerja mereka pada masa hadapan.
- Mengajar kanak-kanak tentang kebersihan dan menghormati harta benda (sama ada harta benda sendiri atau harta benda orang lain).
- Salah satu cara terbaik untuk membina kecekapan dalam diri mereka. Mereka akan berasa bangga dengan diri mereka apabila dapat menyiapkan sesuatu kerja rumah dan berjaya melakukannya dengan baik.
Kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah untuk membuat anak-anak melakukan kerjakerja rumah. Kanak-kanak akan cuba mengelak daripada melakukan sebarang jenis tugas atau kerja yang diberikan kepada mereka dengan cara melawan, atau membuat kecoh dan bergaduh. Kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk untuk melayan kerenah anak-anak yang degil dan akhirnya mereka sendiri yang akan melakukan kerja-kerja itu dan bukannya anak-anak mereka.
Anda perlu ingat bahawa dalam jangka masa panjang, melakukan kerja rumah untuk anak anda akan memberikan pengajaran yang salah, iaitu sekiranya mereka merungut, mereka akan dikecualikan daripada melakukan apaapa kerja.
Libatkan anak-anak dalam melakukan kerja rumah
Berikut adalah beberapa tip yang praktikal yang boleh anda gunakan untuk mengajar anak-anak anda tentang kerja rumah, serta cara untuk menggalakkan mereka untuk menyiapkan kerja rumah tanpa membuat kekecohan.
- Mulakan daripada awal. Memberi anak anda tanggungjawab domestik dari kecil akan mengajar mereka tentang kebersihan dan melatih mereka untuk menjadikan kerja rumah sebagai rutin. Sebaik sahaja mereka boleh berjalan, anak anda sepatutnya mampu membantu anda dengan kerja rumah seperti menyimpan alat mainan mereka atau memasukkan kain kotor ke dalam bakul.
- Senaraikan kerja rumah yang perlu dilakukan di rumah secara tetap dan bahagikan kerja-kerja kepada setiap anak-anak anda. Cuba membahagikan kerja rumah dengan sama rata (dari kerja yang ringan kepada yang berat) untuk mengelakkan pertengkaran.
- Pastikan kerja rumah adalah realistik dan anda menunjukkan cara untuk melakukannya. Anak-anak tidak dilahirkan dengan pengetahuan bagaimana untuk mengemaskan katil atau membasuh pinggan mangkuk. Terangkan dan tunjukkan apa yang anda harapkan daripada mereka. Jika anda biasa meletakkan cawan pada rak bawah kabinet dapur, maka pastikan anak anda tahu dan melakukan perkara yang sama.
- Tetapkan jangkaan yang munasabah. Jangan mengharapkan kesempurnaan daripada anak anda dan elakkan kritikan. Jika cadar katil mereka adalah berkedut-kedut atau sipi pusat, janganlah menyusul di belakang dan membuat semula, kecuali dalam situasi tertentu di mana anda mesti melakukannya.
- Berikan ganjaran jika anak melakukan kerja rumah dan denda mereka jika sebaliknya. Anda boleh memberikan elaun jika kerja rumah telah disiapkan, dan denda jika kerja tidak dilakukan. Elakkan dari memarahi anak jika sesuatu kerja rumah itu tidak disiapkan. Pastikan bahawa hukuman akibat tidak melakukan kerja rumah adalah cukup berat supaya ia dapat menggalakkan anak anda untuk berganding bahu pada minggu akan datang.
- Pastikan ia menyeronokkan. Jadikan kerja rumah harian itu sebagai satu permainan.
- Puji dan ucapkan terima kasih. Jangan lupa ucapan terima kasih, pelukan dan pujian untuk anak anda. Kanak-kanak pada semua peringkat umur suka dipuji dan lebih cenderung untuk membantu apabila usaha mereka diiktiraf dan dihargai. Sekalikala, anda boleh berkata, “Saya benar-benar menghargai kerana anda mengemaskan katil anda setiap hari,” atau “Ia memang bagus untuk melihat bilik anda begitu kemas.”
Akhir sekali, pastikan anda bersikap tegas apabila ia berkaitan dengan kerja rumah. Anda boleh menetapkan peraturan mudah seperti kerja rumah mesti dilakukan sebelum mereka bermain atau sebelum mereka menonton rancangan kegemaran mereka. Jangan terlalu mengikut perasaan dengan menengking dan menjerit. Pastikan anda bertenang, tetapi ulangi peraturan tersebut apabila anak anda mula melampaui batasnya.
Dengan mengawal emosi anda dengan baik, anak anda akan sedar bahawa dia tidak dapat mempengaruhi anda dengan merungut dan mengadu. Dia juga akan menyedari bahawa anda memang benar-benar maksudkan apa yang anda katakan dan dia akan menjalankan kerja rumahnya supaya dia dapat bermain.
Komen