Pengasuhan Positif

Perlawanan Kami Dengan Pertussis

Perjuangan yang teguh Puan Sheila Prasannan dan keluarganya terhadap penyakit Pertussis (juga dikenali sebagai ‘batuk kokol’) adalah satu pengalaman yang harus dikongsi bersama dengan semua. Penyakit sistem pernafasan yang berjangkit ini adalah disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dan telah menjangkiti seluruh ahli keluarga dalam jangka masa beberapa hari, menerusi transmisi yang tidak sengaja dari ibu kepada bayi dan seterusnya kepada ahli keluarga yang lain.

Pertussis adalah sukar dikesan kerana gejala awalnya menyerupai gejala selesema atau bronkitis. Di samping itu, pertussis berlaku lebih lazim di kalangan kanak-kanak kerana gejalanya kurang didiagnos di kalangan orang dewasa. Oleh sebab itu, penyakit tersebut sering tidak dapat dikesan, tersilap diagnosis atau tidak dirawati di kalangan kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak. Ini adalah sesungguhnya apa yang dialami oleh Puan Sheila dan bayinya apabila dijangkiti dan tersilap diagnosis pada awalnya.

Adakah ia hanya batuk yang biasa?

Pada 12hb Julai 2011, Puan Sheila melahirkan anak keduanya, Krishen di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Dua minggu selepas keluar dari hospital, beliau menghidapi batuk dan bersin yang serderhana, dan keadaan ini beransur-ansur menjadi lebih kerap. Oleh sebab beliau bimbang bahawa beliau akan menjangkiti batuk itu kepada bayinya semasa penyusuan susu ibu, beliau mendapatkan pemeriksaan di klinik. “Saya telah dimaklumkan oleh doktor bahawa saya mungkin diserang asma walaupun saya tidak mempunyai tanda-tanda asma selama 15 tahun. Doktor tersebut juga menjamin bahawa ia adalah selamat untuk menyusu susu ibu kepada anak saya, walaupun keraguan saya mengenai perkara ini masih berterusan”, kata Puan Sheila. Beliau kemudian dirawat untuk asma dan diberi antibiotik.

Namun, batuk Puan Sheila menjadi lebih teruk dalam beberapa hari kemudian dan diikuti dengan muntah. Ada kalanya, bunyi “whoop” boleh kedengaran semasa beliau menyedut nafas pada akhir setiap batukan. Beberapa klinik yang sekali lagi dikunjungi oleh Puan Sheila memaklumkannya bahawa ia hanya batuk yang serdehana dan akan hilang sama sekali. Malah ada yang berkesimpulan bahawa ia adalah keracunan makanan.

Kerisauan Puan Sheila yang paling ditakuti telah disahkan apabila bayinya turut mula batuk dan muntah. Batuk anaknya menjadi lebih kerap dalam satu minggu sehingga dia batuk setiap beberapa minit dan tercungap-cungap untuk bernafas. “Saya membawa anak saya kepada pakar pediatrik yang memberitahu saya bahawa ia adalah hanya batuk yang biasa dan saya tidak perlu terlalu bimbang akannya. Anak saya juga diberi ubat antibiotik. Malangnya, batuk anak saya tidak menjadi lebih baik. Batuk saya sendiri pada masa itu telah menjadi semakin teruk dan saya muntah hampir setiap 5 minit. Pernafasan saya juga menjadi sangat sukar kerana asma saya telah kembali”, tambah Puan Sheila.

Ia adalah pertussis!

Disebabkan keadaan kesihatan yang semakin buruk, Puan Sheila dan bayi Krishen telah dihantar dan dimasukkan ke hospital yang berdekatan untuk pemerhatian selanjutnya. Doktor yang mengendali kesnya telah bertindak cepat dan mengesyaki bahawa kedua-dua ibu dan anak telah dijangkiti “batuk kokol” dan mereka diberi antibiotik yang digunakan khas untuk merawat jangkitan sistem pernafasan yang disebabkan oleh bakteria.

“Doktor tersebut menjelaskan bahawa batuk kokol adalah satu penyakit kanak-kanak yang sangat serius and ia kurang lazim berlaku di kalangan orang dewasa. Di samping demam, bersin, muntah, and hidung berair, keterukan batuk itu boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak menjadi kebiruan atau mengalami pendarahan pada bahagian putih mata semasa batuk yang teruk. Komplikasi yang mengancam nyawa seperti sawan, kepatahan tulang rusuk, kejejasan otak dan peparu, pneumonia dan juga maut boleh berlaku dalam kes-kes yang sangat teruk. Dia juga menjelaskan bahawa anak saya senang dijangkiti kerana dia tidak divaksinasikan terhadap pertussis. Saya juga berasa amat terkejut bahawa pertussis turut boleh menjejaskan orang dewasa”, kata Puan Sheila.

Semasa berada di hospital, anak Puan Sheila, Naga yang berumur 112 tahun, serta suami dan ibunya telah dijangkiti batuk yang serdehana. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya pulih kerana mereka telah diberi antibiotik yang sama seperti Puan Sheila and Krishen dengan serta-merta.

Bagaimana kehidupan telah berubah selepas itu

Selepas kedua-dua ibu dan bayi telah keluar dari hospital, Puan Sheila meneruskan usahanya untuk mengetahui lebih maklumat tentang ‘batuk kokol’ daripada pelbagai sumber dan laman web dan beliau terjumpa satu artikel mengenai ‘Pertussis di Kalangan Orang Dewasa’ yang diterbit oleh Positive Parenting di The Star Online.

‘Saya berasa amat berterima kasih kepada PP yang telah menerbitkan artikel ini kerana tidak banyak sumber online di Malaysia yang memberi maklumat yang terperinci tentang batuk kokol. Melalui artikel ini, saya juga berjaya berhubung dengan penulis artikel, iaitu Datuk Dr Zulkifli, untuk mendapatkan pandangan sekunder dan mempelajari lebih banyak mengenai penyakit ini. Oleh sebab Pertussis adalah mudah berjangkit, Dr Zulkifli menasihatkan kami untuk kuarantin diri hari untuk memerhatikan sama ada penyakit ini berterusan. Beliau telah menjadi pembimbing kita sejak itu,” tambah lagi Puan Sheila.

Puan Sheila menggambarkan penyakit yang berjangkit ini sebagai satu mimpi ngeri dan masih belum memulih sepenuhnya daripada gejala-gejala pertussis. Jika terdapat maklumat yang lebih meluas mengenai batuk kokok, doktor-doktor sebelum ini mungkin telah dapat mengesan gejala-gejala pertussis lebih awal lagi dan memberikan kami ubat yang betul dan vaksinasi yang diperlukan untuk berlawan dengan jangkitan ini.

“Sesungguhnya saya menasihatkan bahawa ibubapa yang lain mendapatkan suntikan perlindungan pertussis untuk diri sendiri dan anak mereka secepat mungkin kerana ia adalah lebih baik untuk membayar lebih sekarang daripada terpaksa menanggung akibatnya kemudian,” nasihat Puan Sheila. Kedua-dua anaknya telah divaksinasikan dengan vaksin DTaP (Diptheria-Tetanusacellular pertussis) yang disyorkan untuk imunisasi kanak-kanak dan mereka kini berada di peringkat pemulihan.

Bawa keluarga anda untuk divaksinasi

“Terdapat vaksinasi untuk kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa untuk melindungi daripada pertussis. Di Malaysia, bayi akan diberi vaksin DTaP pada umur 2, 3, 5, dan 18 bulan. Kanakkanak menerima vaksin Difteria dan Tetanus (DT) pada umur 7 tahun (tetapi bukan vaksin pertussis). Namun, oleh sebab kesan perlindungan vaksin akan hilang selepas 4 hingga 12 tahun, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa perlu mendapatkan semula vaksin terhadap penyakit itu. Ia adalah dinasihatkan bahawa mereka disuntik dengan vaksin Tdap yang digunakan sebagai suntikan perlindungan untuk mengukuhkan imuniti,” nasihat Dr. Zulkifli Ismail.

Jika anda mengandung dan ingin mendapatkan vaksinasi terhadap batuk kokol, ia adalah dinasihatkan supaya anda tunggu sehingga trimester kedua atau ketiga sebelum mendapatkan vaksinasi. Dalam apa-apa jua keadaan, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik untuk mengetahui masa yang optimum untuk mendapatkan vaksinasi.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen