Pengasuhan Positif

Permulaan Makanan

Memperkenalkan makanan baru kepada bayi selain daripada susu ibu boleh menjadi sesuatu yang sukar. Terlebih dahulu, pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan:

Peralatan Bayi

Bayi (sudah pasti anda tahu!)

Penghancur

getting-started2

Alas Dada

getting-started3

Sudu dan garpu plastik yang tidak bertoksik, saiz kanak-kanak

getting-started4

Mangkuk

Lebih selamat jika menggunakan perkakas yang sukar pecah dan tidak toksik untuk bayi. Anda perlukan mangkuk cetek tepi yang miring.

getting-started5

Penapis

Sekali lagi, asingkan satu set hanya untuk menyediakan makanan bayi kerana mungkin tertinggal perasa makanan lain pada penapis tersebut.

getting-started6

Mesin Kisar

Jika anda mampu, dapatkan mesin kisar yang baru atau asingkan satu set hanya untuk menyediakan makanan bayi. Makanan mudah melekat pada mata pisau mesin pengisar walaupun anda telah membasuhnya dengan teliti, dan anda tidak mahu makanan bayi anda bercampur dengan cili yang telah anda kisar untuk membuat sambal minggu lepas!

getting-started8

Kerusi Tinggi

Mana-mana kerusi boleh digunakan, tetapi kerusi yang tinggi dapat meletakkan bayi pada ketinggian yang selesa ketika anda menyuapkan bayi anda, serta bayi anda tidak boleh memanjat atau jatuh dengan mudah.

getting-started7

Lapik plastik dan surat khabar lama

Susun perkakasan ini di atas lantai mengelilingi kerusi bayi anda. Jika anda fikir ia tidak perlu, anda tentu tidak pernah membiar bayi menyuap sendiri.

Perbendaharaan Kata

Bagaimanakah anda dapat tahu kaedah yang perlu digunakan untuk menyediakan makanan bayi? Di sini terdapat senarai kaedahkaedah penyediaan serta bahan-bahan makanan yang bersesuaian.

Kaedah Apakah ini? Makanan permulaan yang disarankan
Merebus Memanaskan cecair (biasanya air) dengan makanan yang pejal di dalamnyagetting-started9
  • Merebus sayur-sayuran (contohnya lobak, bayam, seleri) untuk menyediakan air rebusan sayur yang kemudian akan ditambah ke dalam bubur nasi
  • Tidak digalakkan untuk sayur-sayuran yang hendak dimakan, memandangkan ada khasiat yang sudah larut di dalam rebusan
Mengukus Memanaskan bekas yang bertingkat, di mana bahagian bawah mengandungi airgetting-started10
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih keras, contohnya labu dan epal
Melenyek “Menghancurkan” makanan yang lembut menggunakan garpu atau penghancur sehingga menjadi pes yang lembutgetting-started11
  • Pisang, labu, ubi kentang atau ubi keledek, kacang, lobak, bunga kubis yang dikukus
  • Jika teksturnya terlalu padat pada permulaan, tambahkan sedikit perahan susu ibu apabila anda menghancurkan makanan itu.
Menyediakan puri Mengguna mesin pengisar untuk mengisar makanan menjadi pes lembut yang berairgetting-started12
  • Epal, labu, kubis bunga yang dikukus
  • Tambahkan air panas atau perahan susu ibu untuk menjadikan tekstur lebih berair.
Menyediakan jus Mengeluarkan jus dari buah-buahan dan sayur-sayuran dengan mengisar bersama air, kemudian menapis keluar serat dan hanya meninggalkan cecaigetting-started13
  • Oren, epal, tembikai

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen