Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menukar hidangan biasa kepada hidangan yang hebat dengan kepelbagaian warna dan teksturnya. Ia juga padat dengan vitamin dan mineral yang bayi perlukan terutamanya apabila menjelang usia 6 bulan. Kini bayi memerlukan nutrien tambahan selain daripada apa yang diperolehinya daripada susu ibu.
Makanan tambahan yang merangkumi pelbagai jenis buahbuahan dan sayur-sayuran akan membantu perkembangan rasa si bayi bermula dari peringkat awal lagi.
Jika boleh, guna pelbagai jenis buah dan sayuran yang segar. Mula dengan kuantiti yang sedikit dan perkenalkan satu jenis sahaja dalam sesuatu masa. Berikan buah atau sayuran yang sama selama 3 hingga 5 hari supaya si bayi dapat menyesuaikan diri dengan rasa baru sebelum memperkenalkan rasa yang lain. Pada masa ini juga anda boleh mengetahui toleransi si bayi terhadap makanan tersebut di samping mengenalpasti sebarang alahan sekiranya berlaku.
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada diet sihat yang merangkumi kesemua kumpulan makanan. Untuk membantu si bayi memupuk amalan makanan sihat dan seimbang serta membiasakan diri kepada pelbagai jenis rasa makanan, anda perlu memberi penekanan kepada pelbagai makanan dari setiap kumpulan secara seimbang. Kesemuanya dapat membekalkan pelbagai jenis vitamin dan nutrien dalam jumlah yang berlainan. Anda tidak boleh hidangkan sejenis makanan sahaja tanpa yang lain.
They all provide different vitamins and nutrients and in varying amounts. You cannot have one without the other!
Petua Penyediaan Buah dan Sayuran
- Elakkan membeli buahan atau sayuran yang telah lebam dan berkedut.
- Gunakan sayuran dan buah sebaik sahaja selepas dibeli.
- Buang segala kesan racun serangga atau bahan kimia lain dengan membasuh buah sebersihnya, lebih-lebih lagi buah yang kulitnya hendak dimakan.
- Potong buah dan sayuran hanya apabila anda ingin memakannya. Jika buah dipotong dan disimpan untuk masa yang lama, ia boleh kehilangan vitamin.
- Jangan rendam sayuran yang telah dipotong di dalam air kerana ia akan kehilangan vitamin.
- Stimkan sayuran dan buah menggunakan pengukus supaya anda dapat mengekalkan vitamin yang biasanya hilang jika dimasak cara biasa.
- Masak buah dan sayuran yang berkulit lembut bersama kulitnya sekali. Ini akan mengekalkan vitamin dan membekalkan serat.
Komen