Susu ibu adalah makanan yang sempurna. Ia membekalkan tenaga dan nutrien dalam kadar yang tepat untuk bayi anda membesar. Jika si bayi menerima susu ibu yang mencukupi, dia tidak memerlukan makanan tambahan (ataupun air) sehingga berumur 6 bulan, apabila dia sudah bersedia mengambil makanan pejal. Walaupun selepas itu, teruskanlah memberinya susu ibu sehingga berumur 2 tahun. Susu ibu adalah makanan asas yang terbaik untuk bayi anda.
Kebaikan Penyusuan Ibu
Untuk Bayi
- Susu ibu membekalkan bayi dengan tenaga, lemak, karbohidrat, protein, vitamin & mineral yang diperlukan sehingga dia diberikan makanan pejal.
- Kolostrum, susu kekuningan yang dihasilkan pada permulaan penyusuan, adalah kaya dengan antibodi yang boleh melindungi bayi anda daripada dijangkiti penyakit.
- Susu ibu juga mengandungi sel limfosit dan makrofaj yang mencegah pertumbuhan bakteria, serta bifidus untuk mengekalkan persekitaran sihat dalam usus bayi..
- Asid lemak dalam susu ibu adalah penting untuk pertumbuhan mental dan sistem saraf bayi.
Untuk Anda
- Anda boleh menggunakan sebanyak 500 kalori dalam sehari. Ini membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan selepas bersalin.
- Penyusuan ibu juga dapat membantu mengecutkan rahim anda supaya kembali pada saiz yang biasa.
Penyusuan ibu juga dapat membantu mengecutkan rahim anda supaya kembali pada saiz yang biasa.
- Penyusuan membolehkan bayi anda merasakan keselesaan tubuh badan anda. Bagi anda, ini adalah masa yang tepat untuk menikmati kemesraan antara anda dengan bayi anda. Semasa menyusu bayi, usapnya dan bercakap kepadanya dengan nada yang perlahan dan lembut. Ini akan merupakan pengalaman yang istimewa yang boleh menjalinkan hubungan antara ibu dan bayi selamanya.
Tip-Tip Penyusuan Yang Berkesan
- Makan makanan yang pelbagai dan seimbang untuk membolehkan badan anda terus menghasilkan susu ibu
- Berhenti membuat kerja dan cuba duduk dengan selesa selama beberapa minit bagi menenangkan diri anda sebelum menyusu. Anda akan dapat menyusu dengan lebih baik jika anda lebih bertenang.
- Berikan masa yang secukupnya untuk bayi menghisap susu.
- Dapatkan bantuan daripada suami, saudara-mara atau pembantu rumah untuk menguruskan kerja-kerja rumah supaya tidak diganggu semasa menyusu.
- Janganlah menolak buah dada ke dalam mulut si bayi, biarkan dia sendiri yang berbuat demikian.
- Pastikan mulut bayi menutup kawasan ‘areola’ (kawasan coklat sekitar puting) supaya dia tidak hanya menghisap puting.
- Apabila menyusu, selang-selikan payudara yang dihisap oleh bayi. Contohnya, semasa penyusuan pertama bayi mula menghisap susu dari payudara kanan sehingga kosong dan kemudian menghisap susu dari payudara kiri. Pada penyusuan yang berikutnya, anda sepatutnya bermula dengan payudara kiri dahulu dan kemudiannya mengulang proses yang sama.
- Susukan bayi mengikut keperluannya, lebih kerap anda menyusukannya, lebih banyak susu yang dihasilkan.
- Susukan bayi juga apabila anda menghidapi selsema kerana bayi tidak mungkin akan terdedah kepada jangkitan penyakit.
- Belajar memerah susu (dengan tangan atau peralatan) beberapa minggu sebelum mula bekerja dan mula memberi susu anda kepada bayi dengan menggunakan botol atau sudu.
- Apabila anda sudah mula bekerja, aturkan tempat dan masa peribadi untuk mengeluarkan susu beberapa kali sehari. Simpan susu anda di dalam botol dan kemudian di dalam beg. Minta kebenaran menggunakan peti sejuk di tempat kerja. Janganlah bimbang jika tiada peti sejuk di tempat kerja anda kerana susu ibu boleh disimpan sehingga 8 jam pada suhu bilik apabila ditutup dengan ketat di dalam botol..
- Jika anda mengalami masalah menghasilkan susu ibu atau menghadapi masalah semasa menyusu, janganlah rasa bersalah atau berputus asa. Anda cuma memerlukan sokongan dan nasihat. Berjumpalah dengan doktor atau jururawat laktasi.
Adakah Anak Yang Minum Susu Ibu Lebih Bijak?
Kajian jangka panjang di Cambridge telah menunjukkan bahawa 300 bayi pra-matang yang telah diberi susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi pada umur 71/2 – 8 tahun berbanding dengan bayi cukup bulan yang tidak diberi susu ibu semasa bayi. Jika terdapat makanan untuk minda, maka susu ibu merupakan makanan tersebut.
ADAKAH BAYI MENDAPAT SUSU IBU YANG MENCUKUPI?
- Menyusu apabila diminta. Apabila bayi menangis, menyusulah jika anda fikir dia lapar. Secara amnya, bayi akan menyusu setiap 11/2 hingga 3 jam. Akan tetapi, ingatlah bahawa setiap bayi adalah berbeza.
- Menyusu apabila diminta. Apabila bayi menangis, menyusulah jika anda fikir dia lapar. Secara amnya, bayi akan menyusu setiap 11/2 hingga 3 jam. Akan tetapi, ingatlah bahawa setiap bayi adalah berbeza.
- Periksa lampin bayi. Bayi sepatutnya membasahkan sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan kencing yang kuning-pudar, bermula daripada hari yang ketiga atau keempat selepas lahir. Bayi juga akan menghasilkan peninjaan yang kuning dan lembut dengan kerap sepanjang hari. Janganlan bimbang kerana ini adalah hasil daripada susu ibu dan bukannya cirit-birit.
- Awasi corak tidur bayi. Apabila bayi disusu dengan baik, dia sepatutnya tidur dengan lena. Apabila dia terjaga, dia sepatutnya kelihatan sihat dan peka.
- Pertumbuhan stabil. Berat badan dan ketinggian bayi sepatutnya meningkat dengan stabil. Bayi boleh menyusu lebih pada waktu yang berbeza dalam sehari. Sebagai panduan, berat badan bayi akan menjadi dua kali ganda dalam masa 5 bulan dan tiga kali ganda dalam setahun.
TAHUKAH ANDA
susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk (di bawah peti sejuk beku) selama 3 hari (72 jam) dan dalam peti sejuk beku (-20 ° C) selama setahun?
Komen