Pengasuhan Positif

Tuna Bakar & Keju

Ramuan

2 x 185 g ketulan tuna dalam tin, ditapis
2 sudu besar bawang merah, dipotong halus
2 sudu besar mayones rendah lemak
12 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar daun parsli yang dicincang
Secubit garam
Sedikit mustard
Lada hitam secukup rasa
2 keping roti putih dan 2 keping roti mil penuh/roti pelbagai bijirin, dibakar
2 tomato, dihiris
Timun dihiris nipis
12 cawan parutan keju Cheddar

Cara Menyediakan

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 180°C.
  2. Campur hingga sebati: tuna, bawang merah, mayones, jus lemon, parsli, garam, mustard dan lada hitam di dalam sebuah mangkuk.
  3. Sapukan 14 cawan daripada campuran tuna ke atas setiap roti bakar; letakkan hirisan tomato dan timun dan 2 sudu besar parutan keju.
  4. Letakkan sandwic-sandwic di atas sekeping kerajang aluminium dan gril hingga keju berwarna perang keemasan, lebih kurang 3-5 minit.
  5. Hidangkan segera.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 135 kcal
Karbohidrat : 8.4 g
Protein : 14.3 g
Lemak : 4.9 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen