Ramuan
- 2 x 185 g ketulan tuna dalam tin, ditapis
- 2 sudu besar bawang merah, dipotong halus
- 2 sudu besar mayones rendah lemak
- 1⁄2 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu besar daun parsli yang dicincang
- Secubit garam
- Sedikit mustard
- Lada hitam secukup rasa
- 2 keping roti putih dan 2 keping roti mil penuh/roti pelbagai bijirin, dibakar
- 2 tomato, dihiris
- Timun dihiris nipis
- 1⁄2 cawan parutan keju Cheddar
Cara Menyediakan
- Panaskan ketuhar ke suhu 180°C.
- Campur hingga sebati: tuna, bawang merah, mayones, jus lemon, parsli, garam, mustard dan lada hitam di dalam sebuah mangkuk.
- Sapukan 1⁄4 cawan daripada campuran tuna ke atas setiap roti bakar; letakkan hirisan tomato dan timun dan 2 sudu besar parutan keju.
- Letakkan sandwic-sandwic di atas sekeping kerajang aluminium dan gril hingga keju berwarna perang keemasan, lebih kurang 3-5 minit.
- Hidangkan segera.
Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori | : 135 kcal |
Karbohidrat | : 8.4 g |
Protein | : 14.3 g |
Lemak | : 4.9 g |
Komen