Pengasuhan Positif

Tauhu bersama Udang

Bahan-bahan

300 g (2 keping) tauhu, dipotong dadu
100 g (10 ekor) udang, dibuang kulit
45 g (3 sudu makan) kacang pis
60 g (12 cawan) lobak merah, dihiris
10 g (2 ulas) bawang putih
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
8 g (1 sudu makan) tepung jagung, campurkan dengan 60 ml (4 sudu makan) air
500 ml (2 cawan) air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Hiasan: Daun ketumbar dan daun bawang

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga perang keemasan.
  2. Masukkan udang dan tumis selama 2 minit.
  3. Masukkan air, lobak merah, dan biarkan sehingga setengah masak.
  4. Akhirnya, masukkan kacang pis, tauhu, dan garam. Masukkan larutan tepung jagung perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati.
  5. Hiaskan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 108 kcal
Protein : 9.0 g
Karbohidrat : 5.5 g
Lemak : 5.6 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen