Pengasuhan Positif

Muffin Keledek

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 12 orang)

450 g keledek
50 g mentega
50 g gula perang
2 biji telur
9 g (1 sudu besar) serbuk penaik
1 sudu besar kicap soya cair
60 ml susu segar
175 g tepung gandum

Cara memasak:

  1. Rebus keledek sehingga lembut. Kupas kulit and hancurkan.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan keledek yang dihancurkan, telur, serbuk penaik dan kicap soya cair. Campurkan susu dan tepung dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan dalam bekas muffin atau cawan kertas dan bakar sehingga masak.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 167 kcal
Lemak : 0.8 g
Protein : 2.3 g
Kalsium : 42.8 mg
Zat Besi : 4.8 mg

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen