Pengasuhan Positif

Stew Daging

Bahan-bahan

250 g (1 cawan) daging tanpa lemak, dipotong kiub
50 g (5 sudu makan) tepung
12 sudu kecil garam
14 sudu kecil lada sulah
90 g (1 saiz sederhana) ubi kentang, dipotong kiub
90 g (34 cawan) lobak merah, dipotong dadu
125 g (1 cawan) daun saderi, dipotong dadu
60 g (34 cawan) bawang merah, dicincang
30 ml (2 sudu makan) puri tomato
15 ml (1 sudu makan) sos Worcestershire
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
625 ml (2 12 cawan) air
5 ml (1 sudu teh) kicap pekat
20 g (2 sudu makan) bawang besar, dihiris (untuk ditumis)
2 helai daun salam
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara memasak

  1. Perap daging dengan campuran tepung, garam dan lada sulah.
  2. Tumis bawang sehingga wangi. Campurkan daging dan masak sehingga keperangan.
  3. Masukkan air, sos Worcestershire, kicap pekat, puri tomato, dan daun salam ke dalam kuali dan kacau. Biarkan mereneh dan tutup sehingga daging lembut.
  4. Masukkan ubi kentang, daun saderi, lobak merah dan bawang merah. Biarkan selama lebih kurang 30 minit atau sehingga sos pekat.
  5. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  6. Keluarkan minyak berlebihan daripada masakan.
  7. Ubahsuai kepekatan masakan dengan tepung dan air jika perlu.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 267 kcal
Protein : 14.2 g
Karbohidrat : 16.7 g
Lemak : 15.9 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen