Pengasuhan Positif

Snek Bar Tenaga

Ramuan

2 cawan bijirin pelbagai
12 cawan kismis
12 cawan kacang gajus, dicincang
12 cawan biji kuaci tanpa garam
23 cawan tepung gandum penuh
12 cawan serbuk koko
14 cawan germa gandum
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
12 cawan minyak masak
34 cawan gula perang
1 telur besar
12 cawan sos epal tanpa gula
2 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 350°C.
  2. Lenserkan sebuah dulang pembakar bersaiz 9cm x 13cm.
  3. Campurkan bijirin, kismis, gajus, biji kuaci, tepung gandum penuh, koko, germa gandum, kayu manis, bikarbonat soda dan garam dalam sebuah mangkuk besar. Gaul hingga sebati.
  4. Di dalam sebuah mangkuk besar lain, campurkan minyak sayuran, gula perang dan telur. Adun sehingga sebati dan kembang.
  5. Campurkan sos epal dan esen vanila dan masukkan bahan-bahan kering. Gaul hingga sebati.
  6. Tuang dan ratakan adunan ke atas dulang pembakar dan bakar hingga perang keemasan, kira-kira 30-45 minit.
  7. Biarkan di atas rak wayar sehingga sederhana panas sebelum dipotong mengikut saiz kepingan yang anda ingini.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 360 kcal
Karbohidrat : 38.0 g
Protein : 7.1 g
Lemak : 20.8 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen