Pengasuhan Positif

Bubur Pelangi

Bahan-bahan:

Saiz hidangan – 1 cawan (Menghasilkan 10 sajian)

195g beras wangi, dibasuh dan ditapis
3 liter air
2 ketul dada ayam
1 biji bawang sederhana besar (potong 8)
1cm halia, dihiris
1 biji lobak merah saiz kecil, diparut
50g kacang pea segar, dihiris
1 biji keledek saiz kecil, diparut
5g garam
3g lada hitam

Cara Memasak:

  1. Didihkan 3 cawan air. Masukkan 1 sudu teh garam, lada hitam, halia dan bawang ke dalam periuk. Masukkan ayam dan masak selama 10-15 minit. Angkat ayam daripada air rebusan. Buang kulit serta tulang dan carik isi ayam.
  2. Masukkan balik tulang ayam ke dalam air rebusan. Tuangkan 10 cawan air ke dalam air rebusan tadi. Masukkan 1 sudu teh garam.
  3. Masukkan beras ke dalam air rebusan dan masak di atas api perlahan hingga menjadi bubur. Keluarkan tulang ayam dan bawang daripada bubur.
  4. Campurkan ayam dan sayur-sayuran. Masak selama 10-15 minit.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 119 kcal
Kalsium : 45 mg
Protein : 7 g
Zat Besi : 1.2 mg
Lemak : 3 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen