Hiburan terbaik untuk bayi anda adalah diri anda! Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk bayi anda adalah dengan meluangkan masa menemani dan bermain dengannya.
Melalui interaksi yang kerap dengan anda, bayi anda akan menjadi lebih yakin dan tenang dengan persekitarannya. Agak mudah untuk membuat bayi anda terasa gembira dan terhibur
Berikut adalah cara-cara untuk bermula:
Muka menariknya
Bagi bayi anda, perkara yang paling mengkagumkan ialah muka ibu atau ayah. Bertentangan muka membenarkan bayi anda terhibur dengan wajah berlainan anda – daripada gembira kepada sedih, terkejut kepada licik. Tunjukkan wajah-wajah lucu dan anda pasti akan berasa gembira melihat bayi anda cuba meniru anda!
|
Bunyi-bunyi lembut
Kebolehan pendengaran bayi anda begitu pesat, walaupun ketika masih bayi. Dia akan bertindak balas terhadap pelbagai jenis bunyi, namun bunyi yang paling merdu kepadanya ialah suara anda. Bercakap, menyanyi atau bersenandung dengan lembut kepadanya sepanjang hari. Bayi anda akan memberikan respon kepada suara anda dengan berhenti dan mendengar anda. Apabila berusia 6 bulan, dia akan dapat mengesan dari manakah suara anda (atau bunyibunyi lain) datang dan memalingkan kepalanya ke arah bunyi itu.
Tip menarik: Dedahkan bayi anda kepada alat mainan yang berbunyi. Pasang CD muzik untuk bayi anda – muzik klasik atau lagu kanak-kanak merupakan pilihan yang baik. Bagaimanapun, elakkan daripada mendedahkan bayi anda kepada bunyi yang kuat, mengejutkan kerana ini boleh mengganggunya. |
Hiasan yang digantungkan
Bayi anda melihat dunia sebagai sesuatu yang mempesonakan dalam pelbagai bentuk dan warna. Dia mempunyai keupayaan untuk memberi tumpuan dan mengikut objek yang bergerak perlahan lahan. Jadi, dedahkan bayi anda kepada objek yang dapat merangsangnya secara visual. Tetapi, pastikan anda meletakkan objek itu jauh dari jangkauannya sebagai langkah keselamatan.
Tip menarik: Beli atau buat perhiasan gantungan yang cerah, dalam bentuk yang ringkas dan menggantungkannya di atas katil bayi anda. Berikan bayi anda pemandangan yang berwarnawarni, dengan corak-corak seperti juraian reben dan bentuk-bentuk yang menarik seperti bintang, empat segi, segitiga dan bulatan. |
Sentuhan ajaib
Bayi membesar dengan baik dalam dakapan, pelukan dan ciuman. Ambil peluang membelai, mendodoi, mencium dan memeluk bayi anda merangsang perkembangan emosinya.
Tip menarik: Geletek bayi anda perlahan-lahan semasa memakaikan pakaiannya selepas mandi. Masukkan jari-jari anda melalui rambutnya dan tiup pada perutnya untuk merangsang derianya. |
|
Apabila menjadi ibu bapa baru, perasaan teruja ketika bersama dengan bayi anda adalah perkara biasa tetapi anda juga perlu membiarkan bayi anda memilih mainannya sendiri. Setiap bayi mempunyai personaliti yang berbeza-beza – sesetengah lebih gemar suasana yang sunyi, aktiviti yang tenang namun ada juga yang lebih gemar permainan yang lasak. Perhatikan apa yang digemari bayi anda dan beri respon mengikut rentaknya. Anda juga perlu memerhatikan tandatanda yang ditunjukkan bayi anda. Jika bayi anda tidak lagi ketawa, menutup matanya atau kelihatan tidak berminat, ini bermaksud anda perlu berhenti bermain untuk hari ini. |
Komen