Pengasuhan Positif

Nasi Goreng Udang & Telur dengan Kubis

Ramuan

300g udang saiz sederhana
4 cawan nasi
3 biji telur besar, dipukul sedikit
12 kepala kubis kecil, dihiris nipis
12 cawan kacang pea
2 bawang merah, dihiris nipis
2 ulas bawang putih, dicincang
Halia (kecil), diparut
3 sudu besar kicap
4 sudu besar minyak untuk memasak garam secukup rasa
14 ikat daun bawang, dihiris & kacang tanah untuk hiasan (jika mahu)

Cara Menyediakan

  1. Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali leper. Masukkan bawang merah, halia dan kacau goreng hingga wangi.
  2. Tambahkan kubis dan kacau goreng hingga kubis lembut. Rasakan dengan garam. Alihkan sayur-sayuran ke atas pinggan. Bersihkan kuali leper.
  3. Tambahkan 2 sudu besar minyak ke atas kuali leper. Goreng bawang putih hingga wangi.
  4. Tambahkan udang dan masak sehingga berwarna merah jambu. Letakkan di atas pinggan yang sama dengan sayur-sayuran tadi.
  5. Tambahkan minyak yang selebihnya ke dalam kuali dan apabila panas, pecahkan telur dan hancurkan sedikit, kemudian biarkan ia masak.
  6. Masukkan nasi dan kacau bersama telur hingga sebati sambil memecahkan ketulan nasi.
  7. Masukkan semula sayur-sayuran dan udang tadi ke dalam kuali leper bersama kacang pea dan rasakan dengan garam dan kicap. Kacau hingga sebati.
  8. Hidangkan nasi goreng panas dan hiaskan dengan daun bawang serta kacang tanah.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 365 kcal
Karbohidrat : 36.6 g
Protein : 19.6 g
Lemak : 14.5 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen