Pengasuhan Positif

Nasi Ayam Periuk Tanah

Bahan-bahan

250 g (2 cawan) beras, dibasuh dan dikeringkan
750 ml (3 cawan) atau air yang secukupnya untuk memasak nasi
350 g (2 ketul bersaiz sederhana) peha ayam, dibuang kulitnya dan dipotong kecil
10 g (5 keping) cendawan shitake, direndam sehingga lembut dan dihiris nipis
100 g (1 kecil) lobak merah, dipotong dadu
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus
10 g (12 cm) halia, dihiris halus
15 ml (1 sudu makan) minyak masak
Hiasan: Daun bawang dan daun ketumbar, dipotong halus

Sos (A)

15 ml (1 sudu makan) kicap cair
15 ml (1 sudu makan) kicap pekat
20 g (1 sudu makan) sos tiram
5 g (1 sudu teh) lada hitam
15 ml (1 sudu makan) jus halia
15 ml (1 sudu makan) minyak bijan
20 g (2 sudu makan) tepung jagung

Perencah (dicampur sekali)

5 ml (1 sudu teh) kicap cair
5 g (1 sudu teh) lada sulah
5 ml (1 sudu teh) minyak bijan

Cara memasak

  1. Perapkan ayam dengan sos (A) selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan halia bersama bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging ayam yang telah diperap, hirisan cendawan, lobak merah dan perencah dan tumiskan. Setelah masak, angkat dan asingkan.
  3. Masukkan beras dan air, masak nasi dengan menggunakan periuk nasi. Selepas 7 minit, atau apabila nasi kelihatan hampir masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tunggu sehingga nasi mengering dan empuk.
  4. Hidangkan nasi di dalam mangkuk atau mangkuk tanah dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
  5. Hidangkan panas.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 353 kcal
Protein : 19.2 g
Karbohidrat : 50 g
Lemak : 8.5 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen