Bahan-bahan
- 250 g (2 cawan) beras, dibasuh dan dikeringkan
- 750 ml (3 cawan) atau air yang secukupnya untuk memasak nasi
- 350 g (2 ketul bersaiz sederhana) peha ayam, dibuang kulitnya dan dipotong kecil
- 10 g (5 keping) cendawan shitake, direndam sehingga lembut dan dihiris nipis
- 100 g (1 kecil) lobak merah, dipotong dadu
- 10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus
- 10 g (1⁄2 cm) halia, dihiris halus
- 15 ml (1 sudu makan) minyak masak
- Hiasan: Daun bawang dan daun ketumbar, dipotong halus
Sos (A)
- 15 ml (1 sudu makan) kicap cair
- 15 ml (1 sudu makan) kicap pekat
- 20 g (1 sudu makan) sos tiram
- 5 g (1 sudu teh) lada hitam
- 15 ml (1 sudu makan) jus halia
- 15 ml (1 sudu makan) minyak bijan
- 20 g (2 sudu makan) tepung jagung
Perencah (dicampur sekali)
- 5 ml (1 sudu teh) kicap cair
- 5 g (1 sudu teh) lada sulah
- 5 ml (1 sudu teh) minyak bijan
Cara memasak
- Perapkan ayam dengan sos (A) selama 30 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan halia bersama bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging ayam yang telah diperap, hirisan cendawan, lobak merah dan perencah dan tumiskan. Setelah masak, angkat dan asingkan.
- Masukkan beras dan air, masak nasi dengan menggunakan periuk nasi. Selepas 7 minit, atau apabila nasi kelihatan hampir masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tunggu sehingga nasi mengering dan empuk.
- Hidangkan nasi di dalam mangkuk atau mangkuk tanah dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
- Hidangkan panas.
Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori | : 353 kcal |
Protein | : 19.2 g |
Karbohidrat | : 50 g |
Lemak | : 8.5 g |
Komen