Pengasuhan Positif

Mufin Oat

Bahan-bahan

125 g (1 cawan) oat
90 g (34 cawan) tepung gandum
110 g (34 cawan) tepung mil penuh
112 camca teh serbuk penaik
12 camca teh soda penaik
1g (14 camca teh) garam
130 g (34 cawan) kismis
65 g (14 cawan) mentega tanpa garam
85 g (12 cawan) gula perang
2 biji telur saiz besar, dipukul perlahan
300 ml yogurt tanpa perisa atau susu rendah lemak
10 ml (1 camca besar) minyak masak untuk disapu pada pan mufin

Nota:

  • Anda boleh menambah kacang, serbuk roti dan lain-lain di atas mufin untuk memberikan lebih perisa.

Cara-cara

  1. Sapukan minyak ke atas kesemua 12 cawan pan muffin atau lapiskan dengan kertas minyak mufin.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
  3. Campurkan tepung gandum, oat, tepung mil penuh, serbuk penaik, soda penaik dan garam di dalam mangkuk. Gaulkan dengan sebati.
  4. Masukkan kismis dan tinggalkan sebentar.
  5. Pukul gula perang dan mentega sehingga menjadi krim yang ringan dan gebu. Kemudian masukkan telur satu per satu. Pukul lagi adunan sehingga kelihatan lembut dan licin. Tuangkan yogurt atau susu rendah lemak dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan separuh daripada campuran tepung dan gaulkan. Tuangkan separuh lagi dan gaul bersama sehingga sebati.
  7. Jangan terlebih gaul adunan. Tidak mengapa sekiranya adunan kelihatan berketul. Terlebih gaul akan menyebabkan mufin menjadi liat.
  8. Tuangkan adunan ke dalam pan mufin yang telah disapu minyak tadi dan bakar selama 20 minit atau sehingga pencungkil gigi yang anda cucukkan di tengah mufin dikeluarkan tanpa kesan tepung.
  9. Biarkan selama tiga minit dan pindahkan ke rak untuk disejukkan.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 221 kcal
Karbohidrat : 35.0 g
Protein : 5.8 g
Lemak : 6.6 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen