Bahan-bahan
- 125 g (1 cawan) oat
- 90 g (3⁄4 cawan) tepung gandum
- 110 g (3⁄4 cawan) tepung mil penuh
- 11⁄2 camca teh serbuk penaik
- 1⁄2 camca teh soda penaik
- 1g (1⁄4 camca teh) garam
- 130 g (3⁄4 cawan) kismis
- 65 g (1⁄4 cawan) mentega tanpa garam
- 85 g (1⁄2 cawan) gula perang
- 2 biji telur saiz besar, dipukul perlahan
- 300 ml yogurt tanpa perisa atau susu rendah lemak
- 10 ml (1 camca besar) minyak masak untuk disapu pada pan mufin
Nota:
- Anda boleh menambah kacang, serbuk roti dan lain-lain di atas mufin untuk memberikan lebih perisa.
Cara-cara
- Sapukan minyak ke atas kesemua 12 cawan pan muffin atau lapiskan dengan kertas minyak mufin.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
- Campurkan tepung gandum, oat, tepung mil penuh, serbuk penaik, soda penaik dan garam di dalam mangkuk. Gaulkan dengan sebati.
- Masukkan kismis dan tinggalkan sebentar.
- Pukul gula perang dan mentega sehingga menjadi krim yang ringan dan gebu. Kemudian masukkan telur satu per satu. Pukul lagi adunan sehingga kelihatan lembut dan licin. Tuangkan yogurt atau susu rendah lemak dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan separuh daripada campuran tepung dan gaulkan. Tuangkan separuh lagi dan gaul bersama sehingga sebati.
- Jangan terlebih gaul adunan. Tidak mengapa sekiranya adunan kelihatan berketul. Terlebih gaul akan menyebabkan mufin menjadi liat.
- Tuangkan adunan ke dalam pan mufin yang telah disapu minyak tadi dan bakar selama 20 minit atau sehingga pencungkil gigi yang anda cucukkan di tengah mufin dikeluarkan tanpa kesan tepung.
- Biarkan selama tiga minit dan pindahkan ke rak untuk disejukkan.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan
Kalori | : 221 kcal |
Karbohidrat | : 35.0 g |
Protein | : 5.8 g |
Lemak | : 6.6 g |
Komen