Pengasuhan Positif

Koko Klasik

Bahan-bahan:

13 cawan koko
1 cawan susu skim segera
1 karton susu segar (1 liter)
1 cawan air
5 sudu makan gula
14 sudu teh garam

Arahan:

  1. Koko, gula dan garam dimasukkan di dalam periuk. Tambahkan air dan panaskan hingga mendidih. Ia perlu dikacau sentiasa bagi mengelakkan campuran bergumpal. Didih dan kacau selama 2 minit.
  2. Masukkan susu segar dan kacau. Kemudian perlahan-lahan tambahkan susu skim dan terus dikacau. Biar campuran panas sepenuhnya tetapi jangan dibiarkan mendidih.
  3. Sebelum hidang, kacau bagi memberikan sedikit buih.

Variasi:

  • Vanila ataupun ekstrak pudina boleh digunakan sebelum langkah ke-3.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Tenaga : 288 kcal
Lemak : 8 gram
Protein : 13 gram
Kalsium : 448 mg

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen