Pengasuhan Positif

Kobis Bunga dan Sengkuang Goreng

Bahan-bahan

60 g (12 cawan) kobis bunga, dipotong
110 g (1 cawan) sengkuang, diparut
180 g (1 cawan) udang, dibuang kulit
60 g (12 cawan) lobak merah, dipotong dadu
30 g (12 biji) lada benggala kuning, dihiris
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
10 g (2 ulas) bawang putih, dipotong
30 g (3 biji) bawang merah, dipotong
30 ml (2 sudu makan) air
Garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Tumis bawang dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan udang dan kacau sehingga masak.
  3. Masukkan kobis bunga, lada benggala, lobak merah dan sengkuang. Kacau selama 1 minit.
  4. Masukkan air dan teruskan mengacau sehingga sayuran masak sepenuhnya. Tambah garam secukup rasa.
  5. Hidangkan bersama nasi.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 90 kcal
Protein : 9.1 g
Karbohidrat : 4.7 g
Lemak : 3.9 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen