Pengasuhan Positif

Kari Taufu Perisa Buah

Ramuan

375g taufu pejal, dipotong kiub
1 sudu besar minyak
2 sudu teh minyak, tambahan
1 bawang kecil, dibelah empat
2 sudu teh halia kisar
425g aprikot dalam tin dibelah dua, ditapis, jus disimpan
2 sudu teh pes kari sederhana }
1 sudu besar tepung jagung } campur bersama
3 sudu besar air }
2 sudu besar sos plum
2 sudu teh gula perang
14 sudu teh garam
2 pisang sederhana, dihiris

Arahan

  1. Panaskan minyak dalam kuali tak melekat. Masukkan taufu dan goreng sehingga setiap sisi menjadi keperangan. Keluarkan taufu dan tapiskan minyak.
  2. Panaskan minyak tambahan dan tumis bawang sehingga lembut. Masukkan halia, campuran pes kari dan tepung jagung. Masak selama 1 minit, kacau sehingga campuran sekata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan jus aprikot, sos plum, gula dan garam, kacau sehingga didih dan pekat.
  4. Masukkan aprikot, pisang dan taufu. Panas dan hidangkan bersama nasi.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen