Pengasuhan Positif

Hidangan Lautan Goreng Kilas

Bahan-bahan

(Hidangan untuk 6 orang)

140g (2) sotong, dibuang kepala
10g (1 sudu makan) minyak sayuran
100g (1) bawang besar, dihiris
30g (6 ulas) bawang putih ditumbuk
5g (1 cm) halia segar, dicincang kecil-kecil
50g (12) lada merah, dicincang
50g (12) lada kuning atau hijau, dicincang
15 ml (1 sudu makan) jus limau
Kicap cair secukup rasa
60ml (14 cawan) air
100g (12 cawan) udang saiz sederhana, dibuang kepala, ekor dan kulit
50g (14 cawan) filet ikan
90g (34 cawan) kacang panjang, dipotong 2.5 cm
50g (12 cawan) kacang snow peas

Cara Memasak:

  1. Potong di sepanjang badan sotong dan buka. Dengan menggunakan pisau tajam, hiriskan garis-garis selari di sepanjang sotong (pastikan tidak potong menembusi daging). Buat hirisan yang sama di arah berlawanan untuk membuat bentuk berlian.
  2. Potong setiap keping kepada saiz 212 cm. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar, halia, bawang putih dan tumis untuk 2 minit. Masukkan lada merah dan kuning/hijau, jus limau, dan kicap cair, dan tumis selama 3 minit lagi. Masukkan air.
  4. Masukkan sotong, udang dan filet ikan, tumis untuk 5 minit atau sehingga warna udang berubah.
  5. Tambahkan kacang panjang dan kacang snow peas. Terus tumiskan sehingga kacang panjang dan kacang snow peas masak.
  6. Hidang dengan nasi putih.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 80 kcal
Kalsium : 32 mg
Protein : 8.8 g
Zat Besi : 1.7 mg
Lemak : 2.7 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen