Pengasuhan Positif

Hati Ayam Goreng

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 5 orang)

500gm hati ayam, dibersihkan dan dipotong dadu
4 sudu besar minyak bijan
13 cawan kacang gajus
1 ulas bawang putih, dikupas dan dipotong
13 cawan ‘snow peas’
8 – 10 daun sawi putih, dimayang
3 sudu kecil tepung jagung
112 sudu besar air sejuk
3 sudu besar kicap
23 cawan stok ayam atau sayur

Arahan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan gajus. Goreng sehingga perang keemasan. Angkat dan letak ke tepi.
  2. Tumiskan bawang putih dan kacau sehingga naik bau wanginya.
  3. Tambahkan hati ayam dan masak selama 2 – 3 minit, kacau sekali sekala. Angkat dan letak ke tepi.
  4. Goreng dan kacau ‘snow peas’ selama satu minit, diikuti dengan daun sawi putih selama satu minit lagi. Angkat dan letakkan ke tepi.
  5. Campur tepung jagung dengan air sejuk, diikuti dengan kicap dan stok ayam. Tuangkan campuran ini ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan semula semua bahan-bahan ke dalam kuali dan kacau. Panaskan untuk satu minit.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 295 kcal
Lemak : 18 g
Protein : 24 g
Zat Besi : 11 mg

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen