Pengasuhan Positif

Kapal Layar Telur

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 8 orang)

335g (6 biji) telur
200g tuna dalam tin-toskan
65g (12 cawan) saderidicincang halus
60g (14 cup) mayones lada sulah, secukup rasa
2.5g (12 sudu kecil) pes biji sawi
90g (3 keping) roti bakar daun pasli-dicincang untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Kupas & belah telur memanjang. Asingkan kuning telur daripada putih dan hancurkan kuning telur tadi. Campurkannya dengan tuna, saderi, mayones, lada sulah dan pes biji sawi. Masukkan ke dalam telur putih.
  2. Potong bahagian tepi roti. Kemudian potong setiap keping menjadi 4 segitiga. Letakkan setiap segitiga di atas telur tadi supaya kelihatan seperti kapal layar. Hias dengan daun pasli yang dicincang. Simpan dalam peti sejuk sehingga masa hidangan.

Nota:

  • Bagi mengelakkan anak-anak kecil tercekik, potong makanan kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 119 kcal
Lemak : 6.7 g
Protein : 10 g
Kalsium : 162 mg
Zat Besi : 1 mg

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen