Pengasuhan Positif

Burger Dhal

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 12 orang)

400 g (2 cawan) kacang dhal
80 g (1 biji) bawang besar – dicincang
4 g (1 sudu besar) daun parsli – dicincang
150 g (1 batang) lobak merah – diparut halus
1 sudu kecil garam
100 g (1 cawan) serbuk roti
50 g (12 cawan) tepung gandum
2 sudu besar minyak

Cara memasak:

  1. Masakkan kacang dhal di dalam air, toskan dan masuk ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan bawang, lobak merah, daun parsli, garam dan serbuk roti. Gaul rata.
  3. Dengan menggunakan tangan, bentukkan 12 burger daripada adunan tadi.
  4. Salutkan burger dengan tepung.
  5. Panaskan minyak dan masak burger sehingga perang keemasan (kira-kira 2 minit setiap permukaan).
  6. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
  7. Hidangkan dengan salad atau tomato.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 104 kcal
Lemak : 2.3 g
Protein : 4.5 g
Kalsium : 45 mg
Zat Besi : 1.5 mg

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen