Pengasuhan Positif

Daging Masak Kicap

Ramuan

600 g daging, tanpa lemak
100 g (10 ulas) bawang merah
20 g (5 ulas) bawang putih
10 g (2 cm) halia
40 g (2 batang) serai
25 g (2 sudu makan) kicap pekat
3 g (12 sudu teh) garam
15 g (2 sudu makan) minyak sayuran
30 g (2 biji) cili hijau
60 g (1 biji) bawang

Hiasan

200 g (2 biji) tomato, dihiris bulat
230 g (1 tin kecil) kacang pis hijau, dibuang airnya
5 helai daun salad

Cara Menyediakan

  1. Basuh dan toskan daging lalu dipotong kecil setebal 4 cm.
  2. Perap daging dengan bahan dikisar selama 30 minit.
  3. Panaskan minyak, masukkan daging yang diperap dan masak sehingga naik baunya.
  4. Masukkan kicap pekat, garam, bawang besar, cili hijau dan kacau.
  5. Kecilkan api, masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
  6. Angkat dan hiaskan bersama tomato, kacang pis dan daun salad.
  7. Hidangkan semasa panas.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 235 kcal
Karbohidrat : 15.2 g
Protein : 30.5 g
Lemak : 5.9 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen