Pengasuhan Positif

Chowder Ayam bersama Ubi Kentang

Ramuan

200 g (34 cawan) dada ayam, dipotong dadu
90 g (1 biji sederhana) ubi kentang, dipotong dadu
220 g (1 cawan) sayur campur (kacang pis, lobak merah dan jagung)
55 g (5 sudu makan) keju Cheddar, diparut
250 ml (1 cawan) susu penuh krim
15 g (1 sudu makan) mentega

Cara Menyediakan

  1. Panaskan mentega di dalam kuali kecil.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang, kacau dan masak sehingga lembut.
  3. Masukkan sayur campur dan susu ke dalam kuali.
  4. Biarkan di atas api perlahan selama 10 minit.
  5. Masukkan keju. Hidangkan suam bersama roti bakar atau pasta.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 239 kcal
Karbohidrat : 16.1 g
Protein : 18.2 g
Lemak : 11.3 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen