Pengasuhan Positif

Bungkusan Kubis Berisi Sedap

Bahan-bahan:

Saiz hidangan – 2 bungkusan (Menghasilkan 8 hidangan)

16 keping daun kobis segar
375g nasi
100g isi ayam, potong kecil
100g isi udang, potong kecil
3-4 keping cendawan Cina, direndam dengan air panas dan dihiris
60g lobak merah, dihiris nipis
1 bawang saiz sederhana, dihiris nipis
1 ulas bawang putih, ditumbuk
1 hiris nipis halia, ditumbuk
20ml minyak
10ml kicap
7g garam
7g lada hitam
10ml minyak bijan

Cara Memasak:

  1. Perap ayam dan udang dengan halia, garam, lada hitam dan kicap, selama 10 minit.
  2. Bersihkan daun kobis dan celur dalam air panas untuk melembutkannya. Ketepikannya.
  3. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia dalam kuali sehingga berwarna keperangan. Masukkan ayam, udang dan sayuran. Gorengkan hingga masak.
  4. Masukkan nasi, 1 sudu teh garam dan 12 sudu teh lada hitam. Campurkan minyak bijan dan kacau hingga rata. Angkat daripada api.
  5. Letakkan 2 sudu besar campuran nasi di tengah-tengah daun kobis dan balutkan dalam bentuk empat segi. Tutup rapat dengan pencungkil gigi. Kukuskan bungkusan selama 10-15 minit dan hidangkan semasa panas.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 119 kcal
Kalsium : 45 mg
Protein : 7 g
Zat Besi : 1.2 mg
Lemak : 3 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen