Pengasuhan Positif

Bubur Nasi Dengan Tauhu dan Kacang Pis

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 2 orang; Untuk 6-8 bulan ke atas)

3g (1 sudu makan) tauhu, dicincang halus
5g (34 sudu makan) kacang pis
20g (2 sudu makan) beras
500ml (2 cawan) stok yang dididih

Cara Memasak:

  1. Masak beras dengan stok di dalam periuk.
  2. Apabila nasi menjadi bubur pekat, masukkan kacang pis (jika perlu, dilecek) dan reneh dengan api perlahan untuk 2 minit.
  3. Masukkan tauhu sebelum menutup api.
  4. Biarkan sejuk sedikit sebelum menghidangkannya.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 188 kcal
Kalsium : 124 mg
Protein : 15.4 g
Zat Besi : 1.0 mg
Lemak : 0.6 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen