Pengasuhan Positif

Relakslah Ayah

Sebagai bakal ayah, anda mungkin tidak bersedia dengan ketibaan si comel anda. Tip-tip berikut bertujuan untuk membantu anda mengurangkan kegelisahan menanti si comel anda supaya anda dapat melaluinya dengan kerisauan yang minimum.

Tip-tip untuk bakal ayah:

  • Pastikan anda tidak ketinggalan.

    Pastikan anda tidak ketinggalan. Menyertai secara aktif dalam pemeriksaan pra-natal isteri anda untuk memastikan anda dikemaskini dengan kemajuan kehamilannya dan membantu merapatkan hubungan antara satu sama lain.

  • Melayani kehendak bakal ibu.

    Bukan setiap kehamilan adalah sama, jadi sensitif terhadap keperluan dan perasaan isteri anda. Ingatlah bahawa isteri anda mungkin juga menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan dirinya yang “baru”, jadi bertahan dengan perubahan ini dalam apa jua cara yang terbaik untuk anda berdua. Pastikan anda membincangkan bagaimana anda boleh membantunya sepanjang kehamilan dan kelahiran.

  • Sediakan rumah yang selesa.

    Bakal ayah boleh menunjukkan penglibatannya dengan menyediakan barang-barang untuk ketibaan bayinya. Terdapat banyak barang yang perlu dibeli untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah seperti pakaian untuk si ibu dan bayi, katil bayi, kereta sorong bayi, kerusi bayi dalam kereta, botol susu dan lain-lain. Ambil kesempatan untuk membeli-belah bersama-sama ketika berpasangan dengan isteri anda kerana anda akan kurang mempunyai masa bersama sebagai pasangan selepas bayi dilahirkan.

  • Bincangkan kebimbangan anda.

    Anda tidak perlu mencari sokongan dari jauh; bincanglah dengan isteri anda tentang perkara yang anda bimbangkan. Anda juga mungkin mahu membincangkan kebimbangan anda dengan bapa lain yang berpengalaman. Jangan takut untuk bertanya jika anda mempunyai sebarang keraguan.

  • Jagalah kesihatan anda.

    Anda akan perlu menangani pelbagai cabaran baru: kelahiran bayi anda, kepulangan ibu dan bayi, dan penjagaan selepas bersalin untuk isteri anda. Ini tidak termasuk masa yang anda perlukan untuk menjaga anak anda apabila dia membesar, jadi kekal sihat demi kepentingan semua. Mula makan secara betul dan pastikan anda bersenam dan berehat dengan secukupnya.

  • Menyokong antara satu sama lain.

    Keibubapaan seharusnya ditunaikan bersama, oleh itu, anda harus saling menyokong antara satu sama lain. Cuba untuk membantu isteri anda sebanyak mungkin, dan yang paling penting, pastikan anda membincangkan harapan anda dengan satu sama lain.

  • Luangkan masa untuk bincang tentang hal kewangan.

    Jika boleh, bincangkan isu-isu kewangan dan runding peranan masing-masing dalam keibu bapaan terlebih dahulu, sebaik-baiknya sebelum ketibaan bayi anda untuk mengelakkan tekanan atau konflik kemudian.

  • Menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.

    Kehamilan boleh merapatkan hubungan anda dengan isteri anda, jadi gunakan peluang ini sepenuhnya untuk membincang dengan satu sama lain tentang perasaan anda, ketidakpastian, kebimbangan, kegembiraaan dan segala-galanya yang anda mahu berkongsi. Anda perlu menyokong antara satu sama lain, jadi ambil kesempatan istimewa ini untuk merapatkan dan mengukuhkan hubungan anda.

Perkara terakhir yang perlu diingati ialah – sambut kebapaan anda dengan harapan yang positif kerana anda bakal memulakan pengalaman yang paling menarik dan bermakna dalam kehidupan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen