Pengasuhan Positif

Gandakan Wang Anda Melalui Pelaburan Bijak

Tiada formula ajaib untuk melabur. Anda mungkin mendapat kembali jumlah wang yang telah anda laburkan atau sebaliknya. Anda juga mungkin akan mendapat pulangan yang lebih banyak. Pelaburan bijak
bukan bergantung kepada nasib, tetapi mengenai perancangan yang teliti dan masa yang telah diluangkan untuk memahami pasaran saham, sama ada melalui penyelidikan atau nasihat pakar. Artikel ini akan membantu anda mengambil jalan yang tepat:

  1. MENGAPA ANDA MELABUR?

    Apakah matlamat pelaburan anda? Adakah anda mahu memperoleh pendapatan daripada pelaburan tersebut, menggandakan nilai pelaburan bersih anda atau mengekalkan kuasa membeli daripada jumlab pokok yang telah dilaburkan? Matlamat pelaburan anda perlulah sesuai dengan rancangan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda – sama ada ingin membeli sebuah rumah atau membiayai pendidikan anak-anak anda.

  2. MEMAHAMI ISU-ISU UTAMA

    Pelaburan adalah komitmen untuk jangka masa panjang. Oleh itu, terlebih dahulu, anda perlu mempertimbangkan soalan-soalan ini:

    • Berapa banyakkah wang yang anda miliki untuk komitmen jangka masa sederhana sehingga komitmen jangka masa panjang?
    • Adakah anda benar-benar memahami produk yang akan anda laburkan?
    • Pernahkah anda membandingkan pulangan yang diterima dengan pelaburan yang lain?
    • Adakah anda faham risiko-risiko yang terlibat? Apakah tahap ketahanan anda jika berlaku kerugian?
    • Berapakah pulangan yang memuaskan anda?
    • Berapakah tempoh pelaburan anda?
    • Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda?
  3. MENGETAHUI KONSEP PELABURAN
    • Kepelbagaian. Setiap pelaburan mempunyai risiko-risiko yang berbeza-beza.Jadi pelbagaikanlah pelaburan anda bagi mengurangkan risiko.
    • Tetapkan masa bagi nilai wang. Faedah kompaun bermaksud lebih awal pelaburan anda, semakin tinggi pulangan yang akan diterima.
    • Inflasi dan cukai. Inflasi dan cukai mengurangkan nilai wang. Melaburlah dalam aset yang akan membawa pulangan walaupun selepas kesan jangka panjang inflasi dan cukai.
    • Memaksimumkan pulangan. Hitung berapa lamakah akan diambil untuk menggandakan simpanan anda dengan membahagikan 72 dengan kadar faedah simpanan anda. Jika kadar faedah anda adalah 4%, ia akan mengambil masa 18 tahun untuk menggandakan simpanan anda (72 dibahagikan dengan 4 = 18). Pertimbangkan pilihan-pilihan lain jika pulangan yang dihitung tidak memuaskan.
    • Hubungan Risiko-Pulangan. Pelaburan yang berlainan mempunyai tahap risiko yang berbeza. Bon simpanan mempunyai pulangan yang lebih rendah tetapi “lebih selamat” daripada ekuiti unit amanah atau saham yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi tetapi berisiko tinggi.
  4. TAHU APA YANG SESUAI UNTUK ANDA

    Pastikan anda benar-benar faham sesuatu pelaburan sebelum mengambil keputusan untuk melabur. Anda mungkin tidak mendapat sebarang pulangan, jadi anda perlu bersedia. Jangan ragu-ragu untuk meminta nasihat dari perancang pelaburan anda jika terdapat sesuatu yang anda tidak pasti.

PERANGKAP-PERANGKAP PELABURAN

  • Jangan melabur dalam skim cepat kaya dengan risiko-risiko yang minimum. Kebanyakannya adalah menyalahi undang-undang.
  • Jangan meminjam wang atau mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit anda untuk melabur.
  • Jangan bergantung kepada tip-tip panas dan khabar-khabar angin.
  • Janganlah berasa tertekan ketika membuat keputusan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen