Pengasuhan Positif

Mengembara ketika Hamil

Tahniah atas kehamilan anda! Terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan dahulu sekiranya anda telah membuat rancangan untuk mengembara (sama ada sebelum atau selepas anda mengetahui tentang kehamilan anda).

Patutkah saya meneruskan rancangan saya?

Ada di antara kita merancang percutian berbulan-bulan malahan beberapa tahun lebih awal. Perkara terakhir di fikiran kita adalah untuk membatalkannya di saat-saat akhir. Namun begitu, kesihatan anda dan kesihatan janin anda harus diutamakan. Amnya, selagi kehamilan anda tiada komplikasi, adalah selamat untuk mengembara.

Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa mendapatkan nasihat doktor/pakar ginekologi anda mengenai rancangan anda untuk mengembara. Dia akan menjadualkan pemeriksaan kehamilan yang tetap, di mana kesihatan anda akan dipantau. Berdasarkan hasil pemeriksaannya, doktor anda akan memberi nasihat sama ada anda boleh mengembara.

Apabila ianya tidak selamat

Jangan meneruskan rancangan anda untuk mengembara sekiranya anda berhadapan dengan komplikasi seperti perdarahan faraj, kehamilan berganda, atau mempunyai sejarah diabetes gestasi, hipertensi, pre-eklampsia, ketidaknormalan plasenta, keguguran, atau kehamilan ektopik (janin membesar di luar rahim).

Bersiap sedia untuk perjalanan

Bila-bila masa anda mengembara, pastikan anda mengambil tindakan-tindakan yang wajar. Berikut adalah tiga perkara utama untuk dibincangkan bersama doktor/pakar ginekologi anda:

  • dapatkan ‘pensijilan’ – sebagai tindakan berhati-hati, minta doktor anda surat yang mengesahkan bahawa anda sihat untuk mengembara. Surat ini seharusnya bertarikh melebihi SATU bulan dari tarikh perjalanan anda.
  • vaksin mengembara – tanyakan tentang suntikan –suntikan yang wajar diambil untuk destinasi percutian anda. Vaksin hidup yang dilemahkan ADALAH TIDAK DIGALAKKAN ketika kehamilan.
  • pelajari tentang rawatan-rawatan khusus – ketahui bagaimana anda boleh merawat penyakit-penyakit ketika berjalan (contohnya mabuk gerak, mabuk ketinggian, menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, dll.)

Perkara-perkara lain yang anda perlu berikan perhatian termasuk mengetahui cara untuk:

  • menetapkan rentak perjalanan anda – jika anda merancang untuk pergi melancong, anda mungkin perlu menyesuaikan rentak perjalanan dengan kehamilan anda.
  • berikan perhatian serius kepada keselamatan – sentiasa guna peralatan perlindungan persendirian walaupun jika ia tidak selesa dipakai (contohnya, tali pinggang khas apabila berjalan menaiki kereta). Walaupun keselamatan harus menjadi keutamaan, anda boleh meletakkan kain lembut di antara tali pinggang keselamatan dan tubuh anda jika ia membuat anda rasa tidak selesa; hanya periksa untuk memastikan tali pinggang keselamatan masih berfungsi dengan sempurna dan diletakkan dalam posisi yang sesuai.
  • rancang perjalanan anda – beberapa pilihan kenderaan memerlukan perancangan yang lebih, contohnya berjalan menaiki bas atau kereta mungkin bermakna menyediakan masa yang lebih untuk berhenti ke tandas. Hadkan masa perjalanan tidak melebihi 5-6 jam. Berhenti berehat untuk berjalan kaki sebentar bagi mengekalkan edaran darah anda. Anda perlu pastikan tubuh anda cukup hidrasi. Ini akan mengurangkan risiko terjadinya darah beku yang berbahaya.
  • bersedia – berjalan dengan membawa salinan rekod perubatan yang berkaitan dengan kehamilan anda sebagai langkah berjaga-jaga. Sekiranya terjadi kecemasan, dapatkan alamat/nombor telefon doktor/hospital berdekatan.
  • simpan ubat-ubatan bersama anda – pastikan anda membawa ubat-ubatan atau suplemen kehamilan bersama anda apabila anda mengembara, sekiranya bagasi anda hilang (kantung pinggang yang kecil, beg tangan, dompet, bag kecil adalah mencukupi).
  • semak liputan insurans anda – adakah ia meliputi masalah berkaitan dengan kehamilan? Jika tidak, hubungi pembekal insurans anda untuk mengetahui pilihan yang ada
  • kualiti penjagaan kesihatan – pastikan hospital/klinik di tempat yang anda lawati boleh mengendalikan komplikasi, mengudarakan pemindahan ubat-ubatan, dan juga kesediaan dan kos.
  • sindrom kelas ekonomi – ‘sindrom’ ini tidak terbatas hanya kepada kelas ekonomi. Ia terjadi akibat pembentukan darah beku dalam saluran darah kaki yang biasanya berlaku ketika (atau hanya selepas) penerbangan jauh. Ia juga dipanggil sebagai trombosis vena dalam (DVT), anda boleh mengurangkan risiko dengan:
    • mengekalkan hidrasi yang baik (minum banyak air!)
    • menggerakkan kaki anda dengan berjalan sebentar semasa penerbangan, ATAU merenggangkan buku lali, lutut, dan pinggul anda sekerap yang mungkin.

Ini membantu mengurangkan risiko DVT, yang mungkin boleh membawa maut.

Tahukah anda?

Amnya, waktu ideal bagi wanita hamil untuk berjalan jauh adalah ketika trimester kedua kerana kebanyakan orang telah melepasi fasa mabuk hamil yang biasa terjadi semasa trimester pertama. Adalah baik untuk anda melalui trimester ketiga di rumah khuatir terjadinya sebarang kecemasan.

Dengan kerjasama Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen