Pengasuhan Positif

Daging Bijan dengan Balutan Salad

Bahan-bahan

(Hidangan untuk 6 orang)

  • 500 g daging lembu, lemak dibuang dan dihiris nipis
  • 60 g (6 helai) daun salad rangup
  • Dikisar :
    10 g (1 biji) bawang merah
    20 g (4 ulas) bawang putih
    3 g (1 sudu teh) lada hitam
    10 g (½ inci) halia
  • 30 ml (2 sudu makan) kicap pekat
  • 10 ml (2 sudu teh) minyak bijan
  • 10 g (1 sudu besar) biji bijan, dibakar
  • 30 ml (2 sudu besar) madu
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak
  • 125 ml (½ cawan) air
  • 2 batang daun bawang, dihiris nipis
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong daging lembu menjadi kepingan nipis bersaiz sederhana. Cucukkan daging tersebut dengan garpu beberapa kali sehingga lembut.
  2. Campurkan kepingan daging lembu dengan bahan yang telah dikisar bersama madu, kicap pekat, sedikit garam dan minyak bijan. Perap selama 1 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap bersama sosnya ke dalam kuali dan masak selama 2 minit. Tambah ½ cawan air serta kecilkan api dan reneh sehingga daging masak dan lembut. Tambahkan air lagi jika perlu.
  4. Masukkan daging yang telah masak ke dalam mangkuk. Taburkan dengan daun bawang dan biji bijan.
  5. Letakkan kira-kira 2 sudu makan campuran daging lembu ke atas setiap daun salad sederhana besar dan gulungkan.
  6. Hidangkan dengan segera.

Tip Pemakanan

  • Daging merah merupakan sumber zat besi yang baik dan mudah diserap oleh badan berbanding zat besi daripada sumber tumbuhan.
  • Pilih potongan daging lembu tanpa lemak bagi mengurangkan pengambilan lemak dalam diet.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalorie 218 kcal
Karbohidrat 6.6 g
Protein 25.1 g
Lemak 10.1 g

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen