Pengasuhan Positif

Pembantu ‘Kecil’ Anak Anda

Tahukah anda bahawa sistem penghadaman anak anda bermula dari mulut dan berakhir di duburnya? Ini termasuk keseluruhan saluran gastro usus yang terdiri daripada organ seperti perut, usus, hati, pundi hempedu dan pankreas. Untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat, sistem penghadaman yang sihat adalah sangat penting.

Salah satu faktor saluran penghadaman sihat yang sering diabaikan ialah pembantu ‘kecil’, yang dipanggil probiotik. Ia terdiri daripada bakteria yang memberi manfaat dan datang daripada keluarga Laktobasilus (contohnya, L. asidofilus, L. kasei), Bifidobakteria, dll.

Istilah lain yang mungkin anda pernah dengar ialah prebiotik – ia merupakan karbohidrat yang tidak boleh dihadam yang kekal di dalam saluran penghadaman dan membekalkan bakteria yang memberi manfaat dengan ‘makanan’ yang diperlukan untuk membiak. Sumber prebiotik termasuk buah, legum, dan bijirin penuh.

Mengekalkan kesihatan usus anak anda

Jika anak anda memakan sesuatu yang tidak serasi dengannya, kemungkinan besar sistem penghadamannya akan mengeluarkan simptom seperti sakit abdomen, sembelit, cirit birit, mual, dan muntah-muntah. Malah, terdapat kajian yang menunjukkan peningkatan masalah seperti sindrom usus iritabel dan penyakit debu inflamatori dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk mengurangkan gangguan kepada pertumbuhan dan perkembangan anak anda, anda harus berusaha untuk memastikan kesihatan penghadamannya berfungsi pada tahap yang optimum. Asas kesihata penghadaman yang baik boleh dicapai melalui tiga langkah mudah:

1. Makan dengan betul

Pastikan dia mengambil buah dan sayur secukupnya dan makan secara tetap. Dia harus mengambil diet yang sihat yang kaya dengan serat setiap hari. Anda harus menghadkan pengambilan makanan/minuman bergoreng dan manis, dan akhir sekali, galakkan dia untuk minum lapan gelas air setiap hari (lebih pada hari yang panas atau jika melakukan aktiviti fizikal cergas).

pembantu-kecil-anak-anda

2. Kekal aktif

Pastikan dia melakukan sebarang jenis aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari. Ia adalah cara terbaik bagi anak anda memastikan sistem penghadamannya berjalan dengan lancar dengan caramembantu menggalakkan pembuangan air besar secara tetap, memperbaiki selera makan, dan mengekalkan berat badan yang sihat.

your-childs-little-helper-2

3. Mengekalkan kebersihan

Didik anak anda tentang kebersihan diri yang baik, terutama perkara-perkara kecil seperti membasuh tangannya dengan bersih selepas ke tandas dan sebelum makan. Kebersihan yang baik adalah sangat penting untuk mencegah bakteria berbahaya daripada memasuki ususnya.

Kecil-kecil Cili Padi

Apakah peranan yang dimainkan oleh probiotik? Sebenarnya, probiotik bukan sahaja membantu dalam penghadaman. Salah satu fungsi terpenting probiotik adalah untuk mengekalkan kesihatan sistem penghadaman anak anda. Probiotik melakukannya dengan meneutralkan sebarang patogen (virus atau bakteria yang menyebabkan penyakit) sebelum ia membuat anak anda sakit. Sebahagian saintis menamakan usus sebagai ‘otak kedua’ disebabkan cara ia berinteraksi dan mempengaruhi otak! Justeru itu, tidakkah berbaloi untuk memastikan anak anda mendapat pre- dan probiotik secukupnya?

pembantu-kecil-anak-anda-1

Ia bukan satu tugas yang sukar; anak anda mendapat cukup prebiotik jika dia makan banyak buah dan sayur. Beberapa contoh makanan yang kaya dengan prebiotik termasuk:

pembantu-kecil-anak-anda-2

Anda boleh memastikan anak anda mendapat cukup probiotik dengan menggalakkan dia untuk mengambil cukup makanan atau minuman yang kaya dengan probiotik. Ini termasuk:

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen