Pengasuhan Positif

Memperkenalkan Makanan Pelengkap

Tahukah anda?

Kajian menunjukkan adalah penting untuk ibu bapa mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai rasa dan tekstur. Kebanyakan bayi/kanak-kanak bertatih akan terima dan suka sesuatu makanan setelah diberikan kepada mereka beberapa kali. Mereka lebih cenderung untuk makan makanan yang makan oleh ibu bapa mereka. Jika bayi/kanak kanak bertatih enggan makan makanan yang di sediakan, jangan putus asa! Anda mungkin perlu memberinya sebanyak lapan kali dalam sesuatu jangka masa sebelum dia boleh menerimanya.

penyusuan-ibu-secara-ekslusif

Dari 6-8 bulan: Mulakan pemberian makanan pelengkap tetapi teruskan penyusuan susu ibu

  1. Mulakan dengan bijirin seperti bubur nasi serta ubi ubian seperti kentang dan keledek, diikuti oleh sayur-sayuran, kemudian buah-buahan. Perkenalkan hanya satu jenis makanan pada satu-satu masa (jangan campurkan beberapa jenis makanan bersama).
  2. Teruskan memberi bayi makanan tersebut bagi tempoh 3-7 hari lagi (membolehkan bayi menyesuaikan diri dengan makanan. Tempoh ini boleh mengesan sama ada bayi ada alahan terhadap makanan yang diperkenalkan.
  3. Ulangi (1) dengan makanan lain.

Makanan yang boleh dicuba:

  • Bijirin (contohnya, bubur, nasi)
  • Ubi-ubian (contohnya keledek, kentang)
  • Bayam
  • Brokoli
  • Dal
  • Lobak merah

carrots

Tekstur: lembut dan tidak berketul

dipuri-dikisar-dilecek

Di samping meneruskan penyusuan susu ibu, bayi perlu diberi 2-3 hidangan makanan pelengkap dalam sehari pada waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Pastikan makanan dari semua kumpulan makanan iaitu bijirin dan ubian, sayur, buah, ayam atau daging dan ikan atau telur ada dalam hidangan makanan utama. Pastikan juga tekstur dan cara penyediaannya sesuai.

Dari 9-11 bulan: Meneruskan penyusuan susu ibu tetapi tingkatkan pengambilan makanan pelengkapnya

  1. Campurkan makanan yang boleh menyebabkan alahan, seperti makanan protein (contohnya ikan, putih telur, ayam).
  2. Pastikan hidangan yang disediakan mengikuti prinsip seimbang, sederhana, dan pelbagai (SSP)

SSP ialah:

  • diet yang Seimbang (termasuk makanan daripada kesemua lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia),
  • dihidang dalam saiz sajian yang Sederhana (mengikut jumlah sajian yang disarankan bagi setiap kumpulan makanan)
  • mengandungi Pelbagai jenis makanan yang akan memenuhi keperluan pemakanannya.

Makanan yang boleh dicuba:

  • Bubur daging dengan jagung dan bayam
  • Bubur ayam dan lobak merah
  • Bubur ikan dengan kentang dan lobak merah

porridge

Tekstur: makanan lembut yang dikisar, didadu atau dicincang halus

minced-diced-chopped

Di samping meneruskan penyususan susu ibu, bayi perlu diberi 3-4 hidangan makanan pelengkap dalam sehari pada waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Dari 1-2 tahun

  1. Beri bayi makanan lembut dalam saiz yang mudah digigit atau kiub/ketulan kecil.
  2. Teruskan penyediaan makanan bayi mengikut prinsip SSP.

Peringatan: Walaupun pada asasnya bayi boleh makan sebarang makanan yang anda dan ahli keluarga lain makan, berhati-hati untuk memastikan makanannya dihidangkan dalam saiz/ketul yang kecil, tidak pedas (cili) atau terlalu berperisa (kari).

Makanan yang boleh diberi:

  • Daging/Ikan (masak sehingga lembut)
  • Potongan lobak merah (dimasak sehingga lembut)
  • Dadar kentang (tambahkan daging/ikan kegemaran bayi)

potato-pancakes

Tektur: Makanan lembut yang dipotong kecil/ ketul, didadu kasar-kasar

small-cuts-small-chunks-chopped

Di samping meneruskan penyusuan susu ibu, bayi perlu di beri 2-3 hidangan makanan pelengkap dalam sehari pada waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam dan, satu atau dua snek di antara waktu makan utama.

Snek berkhasiat

buah-sandwic-tau-foo-fah

*Penting! Beri kanak-kanak bertatih (1-3 tahun) snek berkhasiat yang bersesuaian, contohnya sandwic untuk kanak-kanak bertatih 1 tahun ke atas. Air kosong adalah minuman terbaik. Elakkan daripada membeli jus komersial, sebaliknya membuat jus sendiri menggunakan buah-buahan segar tanpa menambah gula.

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen