Walaupun aneh, sebenarnya kesihatan usus kita banyak berkait dengan cara tubuh kita bertindak terhadap alergen. Malah, sebanyak 70% daripada sistem imun kita berada dalam usus. Di sinilah mikrobiota kita memainkan peranannya – bakteria baik bukan sahaja membantu proses pencernaan makanan, ia juga memainkan peranan kritikal dalam tindak balas imun tubuh kita.
Semakin banyak kajian menunjukkan bukti menyokong kaitan ini. Namun, dengan penggunaan antibiotik yang berleluasa, diet yang tinggi lemak tetapi kurang serat, dan kelahiran Caesarean yang semakin tersebar luas dalam gaya hidup moden, perubahan-perubahan negatif sedang berlaku dalam mikrobiota usus kita. Kajian baharu menunjukkan bahawa jenis dan gabungan mikrobiota mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sistem imun seorang bayi, sekaligus risikonya terhadap alergi seperti asma, ekzema, gegata dan alergi makanan.
Apakah alergi?
Alergi merupakan tindak balas yang dicetus oleh sistem imun tubuh apabila bertindak terhadap bahan yang lazimnya tidak berbahaya seperti habuk, debu bunga, atau beberapa jenis makanan. Bahan-bahan yang menyebabkan alergi dikenali sebagai alergen.
Malangnya, ramai orang yang menghidapi alergi sering terpaksa belajar untuk menguruskan gaya hidup mereka agar mengurangkan pendedahan kepada alergen. Juga semakin banyak bukti yang mengaitkan kesihatan usus dengan tindak balas alergi yang lebih baik di mana beberapa jenis bakteria juga dilaporkan dapat mengurang atau menghentikan simptom alergi makanan dalam kajian makmal.
Kesihatan Usus Bermula sejak Lahir
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang mengalami penyakit-penyakit alergi atau menghidapinya kemudian, semuanya mempunyai perubahan mikrobiota dalam usus yang ketara. Juga didapati bahawa pemberian bakteria baik beberapa minggu selepas dilahirkan dapat mengurangkan terjadinya ekzema atopik sebanyak separuh dalam tempoh dua tahun pertama.
Dua faktor utama yang diketahui dapat mengurangkan risiko terjadinya alergi dan asma ialah penyusuan susu ibu dan kelahiran biasa. Sistem gastrousus janin adalah steril, dan penyusuan susu ibu dan kelahiran biasa akan menyemai mikrobiota usus ke dalam sistem gastorusus bayi anda. Bakteria tersebut seterusnya mempengaruhi perkembangan sistem imunnya. Kajian lain juga menunjukkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu mempunyai mikrobiota usus yang lebih pelbagai berbanding bayi yang tidak menyusu susu ibu. Bayi yang menyusu susu ibu kurang kemungkinan mendapat alergi daripada haiwan peliharaan.
Mengekalkan Kesihatan Usus Anda
Memandangkan usus anak anda bertanggungjawab bagi sebahagian besar sistem imun tubuh, mengekalkan kesihatan ususnya adalah satu kebaikan bagi anda. Terdapat tiga perkara utama yang perlu dilakukan untuk memastikan mikrobiota ususnya dalam keadaan terbaik:
Prebiotik
Probiotik
Berhati-hati dengan ubat-ubatan
Tabiat Baik bagi Kesihatan Usus Baik
Setelah memastikan bahawa anak anda mendapat prebiotik dan probiotik secukupnya, anda juga harus memastikan yang dia mengekalkan beberapa tabiat untuk kesihatan usus yang baik. Sudah pasti caranya ialah dengan menjalani gaya hidup sihat, dan ini termasuk perkara-perkara berikut:
Akhir sekali, sentiasa ingat bahawa kesihatan usus anak anda boleh terjejas akibat fakor-faktor luaran, seperti makanan yang dia makan. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bagaimana perubahan diet seseorang mengubah mikrobiota usus dalam hanya beberapa hari sahaja. Nampaknya kata-kata “Anda adalah apa yang anda makan” memang tepat sekali!
Komen